Friday, July 06, 2012

(PENDEDAHAN) Pelakon Baru Berspender Mendedahkan Diri!!


melihatkan kepada gambar di atas ..ramai org yg terkedu..smpkan satu forum hiburan sensasi dan terkini mengutarakan kisah pelakon ini...penulis berkongsi gambar dari blog sahabat baik penulis iaitu "buah mulut.com"..penulis bukan peminat gossip ..malahan bukan nk jadikan blog penulis ini sbg ruangan gossip ttp lebih kpd info..disebabkan penulis sendiri smlm terlibat dgn temubual dgn pemilik gambar ini....maka boleh la sikit sebanyak penulis berkongsi...artikel kredit kpd blogger "buahmulut.com"....


“Kalau saya yang mendedahkan gambar saya sendiri kepada pihak media semata-mata mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon maka saya boleh di katogerikan sebagai orang yang bodoh kerana pendedahan ini boleh menutup periuk nasi saya.” – Waslie Duby


Itu adalah kata-kata dari pemilik gambar pelakon baru yang pernah membintangi beberapa drama diantaranya Titisab Darah Pahlawan, Langkah Bendul, Bocara Hati, Titisan & Rubiah yang pada kami kurang dikenali di kaca televisi. Isu yang pernah kami siarkan di link ini “Peminat Kecewa Artis Baru berSpender di Tepi Pantai”. Maka Satu perjumpaan diantara crew kami dan Waslie telah diadakan pada malam [5 July 2012].
Memulakan bicara, beliau mengakui terkejut dengan tersebarnya gambar ini kerana baginya gambar itu adalah hak peribadi dirinya. Apatah lagi gambar yang hanya berseluar dalam yang diperagakanya dilakukan di tempat yang sesuai iaitu di Pantai Phuket Thailand.
Jelasnya “Saya minta maaflah diatas gambar yang yang telah disebarkan ini. Saya akui ini gambar saya dan tak nafikan dengan adanya gambar seperti ini di internet sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan yang kurang baik untuk diri saya sebagai seorang pelakon yang baru nak bertapak di bidang ini. Disebabkan gambar ini juga periuk nasi saya tergugat apabila digugurkan dari sebuah drama.”
Waslie juga turut berasa terkilan kerana seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon bersamanya turut sama menyiarkan kembali gambarnya itu di Fan Page miliknya dengan mengunakan perkataan ‘Berbogel’. Baginya perkataan berbogel itu suatu kata yang agak kasar.



“Saya tak ada masalah jika ada juga yang percaya itu gambar bogel. Secara logiknya takkan la saya hilang akal sampai nak bergambar begitu sekali. Perkara sebegini memang sedikit sebanyak mengaibkan saya. Tapi sebagai seorang anak seni saya cuba untuk berfikir secara positif. Mungkin perkara ini ada hikmah disebaliknya dan label sebagai artis baru bermasalah akan cuba saya jauhi dimasa akan datang.”
Pengakhiri perbualan, Waslie sekali lagi memaklumkan terpulang kepada orang diluar sana sama ada mahu mempercayai apa yang dikatanya mahu pun tidak. “Yang pasti ini memang bukan satu cerita fantasi rekaan saya sendiri untuk menonjolkan diri sebagai seorang pelakon baru. Ianya terjadi tanpa saya sedari dan saya akui ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan saya kepada penonton diluar sana.”




p/s : berhati2 kpd semua ..pastikan segala gambar2 peribadi anda disimpan sebaik-baiknya


No comments: