Tuesday, July 17, 2012

( FILEM ) Pra Tonton Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu)


Jika tengok pada umur pengarah filem ini, penonton pasti tidak percaya ia merupakan garapan dari seorang pengarah muda yg hanya berumur belasan tahun, filem ini diarahkan pada tahun lepas semasa beliau masih berumur 18 tahun, hasil idea dengan sepupunya, empunya diri yang bernama Syafiq Yusof membuktikan bahawa idea seorang remaja belasan tahun tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Pelaburan RM1.9 juta oleh produksi SKOP Production  betul-betul membuah kan hasil yang berbaloi. Secara peribadi, penulis boleh memberikan TABIK HORMAT kepada pengarah muda ini. Dan beliau sememangnya layak dianugerahkan  'The Youngest Film Director’ dari Malaysia Book of Records pada tanggal 11 Julai 2012.


SINOPSIS FILEM :

SAM
(Saya Amat Mencintaimu)

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.










No comments: