Thursday, April 26, 2012

Bie Bie Corner - Keramat AU2 (satay dan nasi ayam)


kalau anda terpandang papan tanda ini bermakna anda dah sampai ke BIE BIE Corner Keramat AU2...lokasi ini terkenal dgn kesedapan satay dan juga nasi goreng ayamnya...demi merialisasikan keinginan perut aku mlm ni..aku jelajah mencari di manakan lokasi sebenarnya BIE BIE Corner ni...lokasi terletak di kediaman sebelum kilang Texas Instrument (jika kita datang dari arah bengkel Transnasional)...sblm stesen minyak Petronas dan bengkel kereta proton...kedainya adalah rumahnya..ada di sebelah kiri , masuk melalui lorong simpang KERAMAT AU 2A/1 yg berhadapan dgn KEDAI WARUNG CORNER...aku nak rasa satay jer...kos satay daging atau ayam 80 sen secucuk..+ nasi himpit RM1.00....rasa rempah dan kemanisan daging mmg sempurna..kuah kacang pun OK..



sebelum balik aku ambil kesempatan utk berbual dgn pemilik kedai..katanya salah satu menu tumpuan di kedai beliau ialah NASI GORENG AYAM...resepi 33 tahun..aku ckp..insyallah lain kali aku datang cuba..kedai akan buka dari jam 6 ptg hingga 12 mlm...katanya nasi ayam beliau dilimpahi dgn hirisan hati ayam ditambah ayam dan telur mata kerbau....



selamat mencuba

Wednesday, April 25, 2012

Pileh Grilled Patty - Kg Baru, Kuala Lumpur


Kedai ini berlokasi di kawasan Kg. Baru (lokasi sebenar ialah tepi bangunan Bank Pembangunan dan Uni KL). Saya mencuba patty daging lembu dan kambing tanpa roti. Patty daging lembu ada rasa sikit2 mcm daging burger Ramly manakala patty daging kambing tidak berbau..apa yg menarik pasal patty ini ialah, daging dikisar smp hancur dan nipis, ia tidak berketul2..amat lembut dan licin sekali tekstur dagingnya. Kos mlm ini ialah RM12.50 (termasuk Pileh Sirap Soda RM1.50)
selamat mencuba




no tel : 013 3056991



Wednesday, April 18, 2012

East & West Station -Pandan Indah- Lava Grill Burger

saja jalan2 kat area umah...nak cari lokasi sebenar E&W Station ni....nmpk ada satu khemah seberang jalan Pantai Medical Ctr (Pandan Indah)....sy singgah dan mencuba patty lavanya tanpa roti...ok..rasanya sedap..ada sedikit rasa manis dan rempah (seakan rempah satay mcm YB burger), kos RM6 (tolak RM1 roti) + mineral water RM1.....







Saturday, April 14, 2012

Simplysiti memperkenalkan SimplySIti Eau De Parfum


"Sempena ulang tahun yang ke -2 SimplySiti jenama kosmetik yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah menapak satu langkah kehadapan lagi dengan melancarkan SimplySiti Eau De Parfum iaitu kategori terbaru dalam bidang kecantikan yang diceburi oleh jenama tempatan ini. 
Simplysiti memperkenalkan SimplySIti Eau De Parfum, bukan sekadar wangian yang diformulasikan dengan inovasi Betaphroline yang merupakan rahsia untuk lebih harum, menarik dan gembira, SimplySIti Eau De Parfum yang menggabungkan sains dan seni dari Perancis. 
Disamping itu SimplySiti turut melancarkan komersial televisyen terbaru yang turut mempamerkan wajah – wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru Liuniey Natasha.
Turut menjadikan pelancaran wangian ini lebih menarik, SimplySiti turut bergabung bersama David Teo (Metrowealth Pictures) dan Majalah Lisa untuk mencari 3 bakat baru yang bakal berlakon di dalam filem terbaru David Teo. Kempen yang dinamakan SimplySiti Star Search ini turut dilancarkan pada Majlis Perasmian Wangian terbaru SimplySiti ini." Untuk maklumat lanjut sila layari www.simplysiti.com.my dan klik LIKE di facebook SimplySiti atau fanpage David Teo dan MIG online









Friday, April 13, 2012

(Pra -Tonton) Filem Berani Punya Budak


" Salam 1 Malaysia "...ungkapan yg selalu disebut Mike B, antara pelakon utama dalam Filem "Berani Punya Budak" arahan Afdlin Shauki...semalam bertempat di Curve Damansara berlangsungnya pra-tonton filem Berani Punya Budak di mana ia merupakan versi Malaysia slps versi Thailand nya berjudul BRAVE ditayangkan pada tahun 2007 di pasaran Thailand.



FILEM BERANI PUNYA BUDAK :
Tarikh Tayangan : 26 April 2012

Pengarah : Afdlin Shauki

Penulis skrip : Afdlin Shauki & Nat Nualpant
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Afdlin Shauki
Penerbit : Noradyman Sulaiman
Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings
Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures


PELAKON :
Tong  - Afdlin Shauki

B – Mike B.

Lita – Supaksorn Chaimongkol
Detektif Azman – Adlin Aman Ramlie
Detektif Azlan – Johan Raja Lawak
John – Awie
Adik John – Nabil Ahmad
Meaw – Sharifah Sofia
Informer – Riezman Khuzaimi


SINOPSIS FILEM :
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.
Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-
Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Gambar Sekitar malam pratonton filem Berani Punya Budak arahan Afdlin Shauki di E@Curve, Damansara yang berlangsung semalam (12 April 2012)






Thursday, April 05, 2012

Konsert Mania - Minggu 3














Konsert Mania - Minggu 1






AMAED Kraf Fashion Show @ Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur