Tuesday, July 31, 2012

(HIBURAN) Majlis Berbuka & Pelancaran Novel “Mencari Cinta”

Kuala Lumpur, 30 Julai 2012 – Majlis berbuka bersama media dan pelakon filem “Mencari Cinta” berlangsung dengan jayanya di Floral Cafe di The Ampwalk Jalan Ampang. Majlis ini diadakan sebenarnya untuk dua tujuan, Pertama untuk beramah mesra bersama media dan mengenali lebih dekat pelakon-pelakon filem “Mencari Cinta” dan kedua untuk memperkenalkan novel “Mencari Cinta” hasil penulisan Norzailina Nordin yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Filem yang membawa mesej yang tersendiri kepada penonton mengenai hubungan sepasang suami isteri dan istilah cinta sejati ini diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Nora Danish, Riezman Khuzaimi, Daphne iking, Fauziah Ghous, Norlida Ahmad serta Mahmud Ali Basha. Filem ini diterbitkan secara usahasama oleh Armnet Integrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie bakal ditayangkan di pawangan pada bulan Disember akan datang. Pada majlis ini juga diperkenalkan dengan barisan artis yang menyanyikan runut bunyi (OST) filem ini seperti Shari AF. Selain itu Asmidar dan Rizz AF juga menjadi penyanyi bagi lagu tema dan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam filem “Mencari Cinta”.


sumber gambar : Suhaizul Izhar Ismail dan google 

No comments: