Tuesday, July 24, 2012

(HIBURAN) Album dan DVD Karaoke Raya "PILIHAN HARI RAYA !!!"

buah tangan dari Warner Music sempena bulan Ramadhan yang lagi berkat ini

PILIHAN HARI RAYA
Jangan biarkan bahang pilihan raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda! Lupakan segala sengketa sesama ‘bangsa dan agama’ dan sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama! Khas daripada Warner Music Malaysia, terimalah sebuah album kompilasi yang bakal menceriakan raya anda!
PILIHAN HARI RAYA memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air. Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah SELAMAT HARI RAYA dendangan SALOMA, juga SALAM AIDILFITRI, sebuah lagu yang dipopularkan oleh JAMAL ABDILLAH. Tidak lupa juga DARI JAUH KUPOHON MAAF oleh SUDIRMAN, lagu kegemaran ramai DENDANG PERANTAU oleh P RAMLEE, TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON oleh AL MIZAN,  serta banyak lagi lagu yang tidak kurang hebatnya!!
Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah sebuah lagu baru bertajuk KEMAAFAN LEBARAN yang menampilkan FIRDAUS berkolaborasi dengan FARIS (AWANBAND) dan YOUK (BUNKFACE).  Sebagai sebuah lagu rancak dengan ‘mood’ pop, lagu ini berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada. Sebuah kolaborasi sulung kumpulan FIRDAUS dengan anggota AWANBAND dan BUNKFACE, KEMAAFAN LEBARAN tentunya menjanjikan sesuatu yang berlainan.
Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix oleh DJ DAVE, bertajuk MENJELANG HARI RAYA  dengan penampilan istimewa Steve Thornton, DJ Nabila & Feeraz. Menyentuh soal keseluruhan idea kreatif penghasilan lagu, MENJELANG HARI RAYA versi mix ini diilhamkan oleh Mr Santhana Rajan M. yang juga selaku penerbit lagu ini. Nada dering lagu ini boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayarihttp://www.thecube.my.
Meriahkan Aidilfitri anda dengan album kompilasi terbaru oleh Warner Music Malaysia ini yang boleh didapati dengan harga hanya RM20.90!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
1.                       TAKBIR RAYA
2.                        SELOKA HARI RAYA
3.                        KEMAAFAN LEBARAN
4.                         MENJELANG HARI RAYA
5.                         TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON
6.                          SELAMAT HARI RAYA
7.                           SELAMAT HARI RAYA
8.                            SALAM AIDILFITRI
9.                            SUASANA DI HARI RAYA
10.                       SELAMAT BERHARI RAYA
11.                       SELAMAT HARI RAYA
12.                       PULANG DI HARI RAYA
13.                       DARI JAUH KUPOHON MAAF
14.                       KEPULANGAN YANG KUNANTI
15.                       AIDILFITRI
16.                       BILA TAKBIR BERGEMA
17.                       HARI MULIA
18.                       DENDANG PERANTAU
19.                       SUASANA HARI RAYA
20.                       SUASANA RIANG DI HARI RAYA
21.                       INDAHNYA BERAYA DI DESA
22.                       CAHAYA AIDILFITRI
23.                       MENJELANG HARI RAYA


PILIHAN HARI RAYA VCD
Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah kompilasi VCD khas buat sambutan Syawal kali ini! Dengan menampilkan klip video lagu-lagu raya kegemaran, VCD kali ini memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air!
Berikut adalah klip-klip video yang dimuatkan dalam VCD ini:
1.    SALAM AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH
2.    GURINDAM DI PAGI SYAWAL – JAY JAY
3.    INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ
4.    TANGAN KU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN
5.    LAMBAIAN AIDILFITRI  - JAMAL ABDILLAH & SALEEM
6.    SALAM DUNIA – M NASIR
7.    PENGERTIAN HARI RAYA – HAIL AMIR & UJI RASYID
8.    HARI RAYA BAHAGIA – JAY JAY
9.    KURNIAAN DI HARI RAYA – FEMININ
10. SAMPAIKAN SALAMKU DI HARI RAYA – JAMAL ABDILLAH
11.    BINGKISAN UNTUK PERWIRA – KHADIJAH IBRAHIM
12.     SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN
13.      MARHABAN – AL MIZAN
14.       ALHAMDULILLAH – AL MIZAN
Ceriakan syawal anda dengan PILIHAN HARI RAYA VCD yang boleh didapati pada harga hanya RM20.90!



No comments: