Friday, July 27, 2012

(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa METROWEALTH (MIG) 2012


Sempena keberkatan bulan Ramadan ini, Metrowealth (MIG) telah menganjurkan “IFTAR MIG 2012” bertempat di perkarangan Wisma Metrowealth PJCC. Seramai 200 orang penghuni dari 4 buah rumah kebajikan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dijemput sebagai tanda keperihatinan MIG dan menjadi salah satu tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan. Antara rumah-rumah kebajikan yang terlibat adalah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Persatuan Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Taman Medan serta Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Quran Hashimiah. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin, Along Cham, Fezrul Khan dan Diana Amir serta artis-artis baru seperti Wawa Zainal, Zalif Sidek dan sebagai nya. Turut juga menyerikan lagi majlis ini ialah kehadiran rakan-rakan media bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah yang sedia terjalin antara satu sama lain.














No comments: