Thursday, July 19, 2012

( HIBURAN ) Rakaman WARNA RAYA untuk saluran Astro



Pada tanggal 18 Julai 2012, penulis dijemput oleh rakan media untuk memeriahkan rakaman rancangan “WARNA RAYA” untuk hari raya yang bakal disiarkan di saluran Astro Warna (123) 24 Ogos 2012/Jumaat/4.00ptg dan Mustika HD (134) 24 Ogos 2012/Jumaat/8.30 malam. Diantara artis-artis jemputan yg dijemput bagi memeriahkan rakaman ini ialah

  1. Datuk AC Mizal
  2. Nabil
  3. Kumpulan BOBOI
  4. Kumpulan SEPAHTU
  5. Kumpulan OSBON
  6. Kumpulan SHIRO
  7. Kumpulan JAMBU

Sinopsis :

Warna Raya merupakan satu program lawak yang menghimpunkan para pelawak tanah air dalam program Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dalam satu program yang berkaitan dengan Hari Raya. Program raya ini mempunyai unsur2 lawak seperti “silent comedy”. “lawak muzikal” “slapstick” dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian jalan cerita agar ia kelihatan menarik dan menghiburkan.


























































No comments: