6 Ogos 2012 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan Majlis
Berbuka Puasa Bersama Media dan juga Majlis Penyerahan Sumbangan kepada
balu-balu serta ahli keluarga rakan media yang telah meninggal dunia semasa
bertugas di lapangan kerja masing-masing. Majlis ini diadakan di Hotel Puteri
Pan Pacific, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh rakan-rakan media dikesemua lapisan media tidak kira dari media cetak atau
media eletronik serta media-media online serta bloggers-bloggers. Tujuan utama majlis
ini diadakan untuk menjalinkan serta mengeratkan perhubungan diantara pihak
kementerian dan menghargai sumbangan kesemua golongan lapisan pengamal media
kepada usaha dan liputan media terhadap semua aktiviti kementerian. Majlis ini
dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Dato’ Sri Ismail
Sabri Yaakob .
No comments:
Post a Comment