Wednesday, August 15, 2012

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Drama Bersiri " ADAM & HAWA"


Istimewa bulan Ogos ini, Astro menerusi Saluran Mustika HD (134) dengan berbesar hati membawakan sebuah drama bersiri dalam bentuk definisi tinggi pertama berjudul Adam & Hawa. Drama menarik 80 episod yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 ini diterajui oleh barisan pelakon yang mantap termasuklah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramai lagi.

Sinopsis Adam dan Hawa:
Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...

Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Apakah kesudahan drama bersiri 80 episod ini??


















No comments: