Saturday, August 04, 2012

(SEMASA) Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pada 3 Ogos 2012, bertempat di PWTC, satu majlis berbuka puasa bersama ahli majlis tertinggi UMNO berlangsung dengan jayanya. Majlis ini dihadiri oleh semua lapisan pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional di semua peringkat negeri termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Kehadiran pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan juga sayap-sayap parti komponen BN yang lain juga menambahkan kemeriahan majlis ini. Di majlis ini juga , anak-anak yatim diraikan bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Majlis diteruskan dengan acara solat Maghrib , Isyak dan Tarawih berjemaah bersama-sama semua barisan pemimpin serta ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen.


















No comments: