Saturday, August 18, 2012

(HIBURAN) MAJLIS BERBUKA My7 EVENT MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM & ARTIS-ARTIS VETERAN



MAJLIS BERBUKA My7 EVENT MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM & ARTIS-ARTIS VETERAN

Pada tanggal 15 Ogos 2012 bertempat di Saloma Bistro telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim  Al-Taqwa serta sebahagian artis-artis veteran tanah air. Majlis ini adalah anjuran bersama syarikat My7 EVENT dan Along Bakar serta artis Elveena. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran artis-artis veteran tanah air antaranya ialah Seniman Dato Mustafa Maarof, Seniman Dato A. Rahman Hassan, Seniman Datuk Aziz Satar, Seniwati Mariani, Seniwati  Umi Kalsom, Seniwati Mimi Loma, Seniwati Salmah Ahmad serta sutradara Murali. Para hadirin yang hadir telah dihiburkan oleh nyanyian artis tempatan antaranya Elveena, Azmeer , Rozita Rohaizad dan Kelly.

(HIBURAN) Kerjasama BUNKFACE dengan Warner Music Malaysia



Pada tanggal 13 Ogos 2012 bertempat di ibu pejabat Warner Music Malaysia telah berlangsungnya majlis menandatangani  usahasama di antara kumpulan Bunkface dan Warner Music Malaysia dalam usaha memasarkan dan mengedarkan album terbaru kumpulan Bunkface yang bertajuk “BUNK NOT DEAD”.  Album kedua kumpulan Bunkface ini telah dilancarkan pada 17 Julai 2012 di kawasan lorong di Wheel Love, SS15 Subang Jaya.  Album ini memuatkan 13 buah lagu dimana ia mengandungi 5 lagu berbahasa Melayu dan 8 lagu berbahasa Inggeris dan ia mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.  Bunkface juga telah membuat usahasama bersama “Galaxtar.com” untuk menjadikan album ini sebagai jualan album online pertama di Malaysia.

Gambar dan artikel oleh : Nazim (gigs) 

(HIBURAN) Preview Filem " Hantu Air "





Info filem Hantu Air
FILEM: Hantu Air
ARAHAN: Murali Abdullah
PELAKON: Saiful Apek, Hairi Safwan dan Nisha Dir


Sinopsis :

Dia dahagakan manusia... 


Disebabkan kecuaian, botol yang mengurung roh jahat, telah jatuh ke dalam sebuah tasik di sebuah resort percutian. Selepas kejadian itu, resort yang diuruskan oleh MAWAR itu mula mengalami bermacam-macam kejadian yang pelik dan mengerikan. Hal ini dirumitkan lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu resort itu yang seolah turut menyimpan rahsia mereka sendiri. 

FAUZI yang b
aru kehilangan isteri dan anak, sampai di resort itu tanpa sebarang perancangan. Namun, selepas berkenalan dengan Mawar, timbul persahabatan di antara mereka, sehingga akhirnya, diketahui tentang masalah tekanan jiwa yang dihadapi Fauzi. Mawar cuba membantu, dan tidak dapat tidak, timbul bibit percintaan di antara mereka.

Pasangan Ramli dan Ros pula datang bersama anak-anak dengan harapan untuk bercuti. Namun, dengan gaya sombong dan berlagak, mereka dapati pakej percutian itu hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Bagi pasangan kawan baik, Jennifer dan Alicia pula, kegemaran mereka dalam aktiviti lasak, membuatkan mereka begitu terpegun dengan keindahan flora dan fauna di sekitar kawasan itu.

Pasangan Roni dan Shiela pula seolah-olah cuba menjadikan tempat terpencil itu sebagai sarang untuk memadu cinta terlarang mereka.

Walau apapun niat awal mereka, jelmaan Hantu Air di sekitar kawasan tasik itu bakal menggegarkan segala rancangan percutian mereka. Seorang demi seorang menjadi mangsa, sehingga akhirnya, mereka tiada ruang untuk mengetepikan serangan mistik itu.

Demi memastikan kepuasan tetamu, para pekerja di resort itu, antaranya, Kaduk, Ramesh dan Yassin cuba mengetepikan segala prasangka buruk, dan memastikan segala keperluan tetamu mereka di situ dipenuhi. Pun begitu, apabila berulangkali kejadian misteri menimpa, mereka sendiri takut memikirkan nasib mereka di situ.

Hal ini akhirnya memaksa pemilik resort itu untuk mendapatkan khidmat sepasang bomoh untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, bomoh ’celup’ yang tidak mempercayai akan kehadiran Hantu Air itu, akhirnya menerima penangan hebat selepas melihat sendiri jelmaan mistik itu.

Tanpa sebarang jalan penyelesaian, roh jahat itu semakin mengganas. Tok Moh, bomoh yang juga merupakan ayah Mawar, muncul untuk membantu. Bersama para pekerja di situ, mereka merancang untuk menangkap dan menjahanamkan entiti hitam itu sekaligus.

Mereka menghadapi masalah, apabila roh itu merosakkan semua rancangan awal mereka. Menyukarkan lagi keadaan, roh jahat itu turut mampu menukar ke watak-watak lain yang dikenali. Tiada jalan keluar, mereka semua terpaksa juga berdepan dengan kemelut itu. Sama ada mereka, atau Hantu Air itu, salah satu pihak bakal terhapus dan dihapuskan sepenuhnya pada malam kemuncak itu.

gambar oleh : Nazim (gigs)
artikel : internet google

Wednesday, August 15, 2012

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Drama Bersiri " ADAM & HAWA"


Istimewa bulan Ogos ini, Astro menerusi Saluran Mustika HD (134) dengan berbesar hati membawakan sebuah drama bersiri dalam bentuk definisi tinggi pertama berjudul Adam & Hawa. Drama menarik 80 episod yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 ini diterajui oleh barisan pelakon yang mantap termasuklah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramai lagi.

Sinopsis Adam dan Hawa:
Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...

Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Apakah kesudahan drama bersiri 80 episod ini??


















Monday, August 13, 2012

(SEMASA) Majlis Berbuka bersama Al Jabbar Group.com


12 Ogos 2012 - Al Jabbar Group. Com telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ketua pegawai eksekutif En.Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain serta staf-staf Al Jabbar Group.com meraikan golongan-golongan anak yatim , asnaf dan ibu tunggal serta orang – orang tua di sekitar kawasan Kajang. Menurut En. Mohd. Kamaruzamaan Bin Che Hussain, tujuan mengadakan majlis ini adalah untuk membolehkan kesemua kakitangan Al Jabbar Group berkongsi keberkatan Ramadhan ini dan menjalinkan perhubungan mesra diantara kakitangan serta masyarakat setempat sebagai salah satu program penghayatan di bulan Ramadhan. Al Jabbar Group yang diasaskan pada tahun 1997 ini juga memberi sumbangan berbentuk baju raya, songkon dan baju kurung kepada semua golongan yang kurang berupaya ini serta barangan dapur seperti gula dan beras. Di majlis ini juga, semua kakitangan Al Jabbar Group diberikan sumbangan kain pelikat serta kain batik oleh pengerusi syarikat Al Jabbar Group.









Sunday, August 12, 2012

(SEMASA) MAJLIS BERBUKA PUASA MAWEX BERSAMA ANAK YATIM BAITULAINI


11 Ogos 2012 - MAWEX Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim rumah BaitulAini serta duta mereka iaitu Selebriti terkenal Qazem Nor bertempat di Hotel Regancy, Kuala Lumpur. Beliau telah dilantik sebagai duta Expo MAWEX 2012. Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim rumah BaitulAini serta upacara sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. Pada majlis ini juga, 3 tetamu yang bertuah dalam "lucky draw" bakal diterbangkan ke Bandung pada bukan September nanti. 








Saturday, August 11, 2012

(HIBURAN) Majlis Sahur 8TV & NTV7 Bersama Media





Friday, August 10, 2012

(HIBURAN) Pelancaran album terbaru 6ixth Sense “Tentang Kita”

9 Ogos 2012 - Universal Music Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran album baru 6ixth Sense bertajuk “Tentang Kita” serta Majlis Berbuka Puasa bersama artis naungan UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA  bertempat di Tumis @ Teak5 Cafe, D1-G3-8, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kumpulan yang semakin menjadi pujaan ramai, 6ixth Sense, kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan yang disambut dengan gembira khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan. Menyentuh soal lagu yang terkandung dalam album Tentang Kita terbitan Universal Music Malaysia ini, gabungan tenaga kerja profesional ternyata mengagumkan apatah lagi dirakam di tiga studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18. Mengandungi empat lagi lagu lain seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat), susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri pastinya mengekalkan kunikan tersendiri kumpulan itu, dimantapkan lagi dengan bunyian 'strings' oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings. Antara lagu terbabit adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.. Malah, penglibatan penerbit lagu ini iaitu Mujahid Abdul Wahab yang berpengalaman menerbitkan album 6ixth Sense sebelumnyai pasti diyakini, apatah lagi beliaulah yang membentuk kumpulan ini sejak mula menempatkan diri di arena seni suara.

SENARAI PENUH LAGU ALBUM ‘TENTANG KITA’
Penerang Hati
Ayah Dan Ibu
Damai Yang Hilang
Rasulullah
Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
Altar Cinta












Thursday, August 09, 2012

(HIBURAN) Gala Perdana Tayangan Filem " Hantu Gangster "