Thursday, June 21, 2012

( PROMO ) Soft Opening Ramadhan Menu : Restoran Rebung


RESTORAN Rebung di Bangsar Park, Kuala Lumpur yang dikongsi oleh selebriti Chef Ismail Ahmad bersama angkasawan pertama negara – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha Shukor.
Restoran yang dibuka sejak 5 April 2004 itu dikunjungi oleh pelbagai bangsa rakyat Malaysia dan pelancong – pelancong dari seluruh dunia.
Sejak ia dibuka tahun 2004 hingga sekarang sudah berjuta orang datang makan dan minum di Restoran Rebung termasuklah VIP dari menteri-menteri kabinet, Kerabat Diraja dan ahli perniagaan.
Semalam, 20 Jun 2012, berlangsungnya satu acara bersama media sempena pelancaran promosi menu utk bulan Ramadhan serta pembukaan “Rebung Wedding House” . Menu yg menarik sempena bulan Ramadhan nanti adalah pada harga RM65  untuk dewasa serta RM43 utk kanak2 antara 5 – 11 tahun. Pilihan juadah berbuka adalah hidangan berasaskan kampung. Pihak Restoran Rebung juga memperkenalkan barisan jualan biskut raya dengan harga yang berpatutan.
Pembukaan “Rebung Wedding House” pula memulakan era baru bagi pihak restoran bagi mengembangkan lagi kepelbagaian  perkhidmatan Restoran Rebung bagi memuaskan kehendak pelanggan terutamanya yg memerlukan perkhidmatan lengkap bagi majlis perkahwinan mereka.

















Restoran Rebung di alamat : No. 42, Lorong Maarof (belakkang Dataran Maybank), Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dari 3petang hingga 11 malam.

Tempahan boleh dibuat menerusi telefon :
03-2283 2119 atau 03 – 2282 4776.
Laman web : www.rebung.com.my
Emel : enquiry@rebung.com .my
Restoran ini juga menerima tempahan untuk catering majlis-majlis kahwin, hari jadi dan kelas masakan. Ia dimiliki oleh Food Parcel Sdn. Bhd.



No comments: