Filem
Mael Lambung arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan filem komedi yang
bakal ditayangkan dipawagam pada 21 Jun 2012 nanti.
Filem terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd,
membariskan beberapa orang pelakon utama seperti Zizan
Razak, Juliana Evans, Taiyudin Bakar (Tai), Shenthy Feliziana dan
lain-lain.
SINOPSIS
Mael
Lambung (Zizan Razak)
merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya
mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana
Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada
penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan
diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael.
Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana
membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu
dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar
tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak
menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin
di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat
memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek
kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku
seterusnya?
ULASAN :
secara peribadi penulis amat seronok menonton filem ini, begitu juga dgn pihak media lain , VIP serta tetamu2 jemputan yg lain, walaupun jalan ceritanya agak biasa ttp aksi dan telatah lucu Zizan sbg Mael Lambong sungguh menghiburkan. Penulis memberi 3/5 bintang kepada filem ini. Terima kasih penulis ucapakan kepada pihak Excellent Pictures kerana sudi menjemput penulis ke tayangan ini , tidak lupa juga kpd pihak kelab peminat TaiBloods (Taiyudin Bakar) kerana membantu penulis mendapatkan kudapan dan minuman pd malam tersebut, terima kasih, sekian.
TRAILER FILEM :
1 comment:
dorang dah rosakkan identiti Mael Lambong tu sendiri dengan buat filem camnih. trailer last 30 saat tu nampak cam "biasa-biasa" je, padahal sepatutnya trailer yang kena beri impak pada tujuan pengiklanan itu sendiri.
Post a Comment