Tuesday, June 19, 2012

(HIBURAN) LISTENING PARTY KUMPULAN HUJAN


MARI MERIAHKAN LISTENING PARTY HUJAN !!
Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJANtampil dengan sebuah album baru yang sangat berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia merangkap JUARA bagi program Versus TV9 yang menghimpunkan artis dan band ternama industri tanahair, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini LONELY SOLDIER BOY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada, SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak ‘berat’ daripada kebiasaan, menjanjikan sesuatu yang berbeza, khusus buat peminat muzik tanah air!
Dalam usaha mempromosi album baru HUJAN, hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan HOT FM, TV9, PUBLIKA juga MORNING ROCKET, sebuah majlis diadakan khas bagi memperdengarkan lagu-lagu daripada album ini dianjurkan. Dengan diberi nama LISTENING PARTY HUJAN, majlis ini akan dihadiri oleh para media dan para peminat bertuah yang terpilih.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh turut memeriahkan majlis ini dengan membeli CD SANG ENEMY yang akan dijual di lokasi majlis. Gerai menjual CD ini akan dibuka mulai jam 7 petang.

KHAS BUAT PARA PEMINAT HUJAN, MARI BERSAMA MEMERIAHKAN PARTY INI!!!
Bagi anda yang ingin mengabadikan RUMAH KITA sebagai nada dering, anda boleh turuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*266775# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*160608# dan tekan call/send, ataupun dengan melayarihttp://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0161304 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayarihttp://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*379756# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.


No comments: