Tuesday, June 26, 2012

( HIBURAN ) Pra Tonton Filem :" Baik Giler !! "


Tajuk Filem : Baik Giler
Tarikh Tayangan : 28 Jun 2012
Genre : Komedi
Durasi: 1 jam 36 minit
Pengarah: Mansor Akob (Manchi)
Penerbit : Layar Dimensi (M) Sdn Bhd
Pelakon: Zizan Raja Lawak, Farawahida, Awie, Sharifah Shahirah, Abon, Justin Choo, Kencana Dewi, Esma Danial, Siti Fazurina, Tamrin Ibrahim Pendek dan Kamarool Yusoff
Sinopsis:
Filem ini memaparkan tekanan perasaan dan konflik pemikiran seorang watak yang bernama Afik  (Zizan Raja Lawak) sehingga mewujudkan suasana kelucuan akibat salah fahamnya terhadap istilah baik giler.
Afik yang baru keluar dari hospital bahagia setelah seminggu berada di sana kerana keluarga Kimi (Awie) telah membuat laporan polis dan menuduh Afik sakit jiwa.
Afik berkelakuan demikian kerana dia dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan peristiwa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan adik angkatnya bernama Emy mati dilanggar kereta di depan matanya.
Konflik mula timbul apabila  Afik menjadi tertekan dan baran apabila mendengar istilah “ Baik Giler ” yang ditujukan kepadanya. Pada anggapan Afik istilah baik giler bermakna seseorang yang baru baik daripada penyakit gila. Apabila istilah tersebut diucapkan kepadanya, Afik merasakan ia suatu penghinaan buat dirinya. Sedangkan istilah baik giler merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.
Pada masa yang sama filem itu juga memaparkan sikap sebahagian masyarakat yang suka memfitnah keburukan orang lain walhal dirinya sendiri yang buruk.
Fakta :
1)     Lakonan kali pertama penyanyi Farawahida dalam filem.
2)     Filem ini telah disiapkan lebih 2 tahun mengikut kata penerbit.
3) Kebanyakkan lokasi pengambaran dibuat di Melaka.






No comments: