Tajuk Filem :
Baik Giler
Tarikh
Tayangan : 28 Jun 2012
Genre :
Komedi
Durasi: 1 jam
36 minit
Pengarah:
Mansor Akob (Manchi)
Penerbit :
Layar Dimensi (M) Sdn Bhd
Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Farawahida, Awie, Sharifah Shahirah, Abon, Justin Choo,
Kencana Dewi, Esma Danial, Siti Fazurina, Tamrin Ibrahim Pendek dan Kamarool
Yusoff
Sinopsis:
Filem ini
memaparkan tekanan perasaan dan konflik pemikiran seorang watak yang bernama
Afik (Zizan Raja Lawak) sehingga
mewujudkan suasana kelucuan akibat salah fahamnya terhadap istilah baik giler.
Afik yang
baru keluar dari hospital bahagia setelah seminggu berada di sana kerana
keluarga Kimi (Awie) telah membuat laporan polis dan menuduh Afik sakit jiwa.
Afik
berkelakuan demikian kerana dia dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan
peristiwa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan adik angkatnya bernama
Emy mati dilanggar kereta di depan matanya.
Konflik mula
timbul apabila Afik menjadi tertekan
dan baran apabila mendengar istilah “ Baik Giler ” yang ditujukan kepadanya.
Pada anggapan Afik istilah baik giler bermakna seseorang yang baru baik
daripada penyakit gila. Apabila istilah tersebut diucapkan kepadanya, Afik
merasakan ia suatu penghinaan buat dirinya. Sedangkan istilah baik giler
merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud pujian kepada seseorang yang
terlalu baik sikapnya.
Pada masa yang sama filem
itu juga memaparkan sikap sebahagian masyarakat yang suka memfitnah keburukan
orang lain walhal dirinya sendiri yang buruk.
Fakta :
1) Lakonan kali pertama penyanyi Farawahida dalam filem.
2) Filem ini telah disiapkan lebih 2 tahun mengikut kata
penerbit.
3) Kebanyakkan
lokasi pengambaran dibuat di Melaka.