Monday, May 28, 2012

Pelancaran Album Terbaru Mizz Nina - Take Over


Pada tanggal 26 Mei 2012, berlangsungnya pelancaran album terbaru artis Mizz Nina bertempat di Zouk, Jalan Ampang , Kuala Lumpur. Album “TakeOver” merupakan buah tangan terbaru Mizz Nina dimana beliau kembali berkolaborasi dengan penerbit muzik yg berpengkalan di LA iaitu Colby O’ Donis yang pernah membantu Mizz Nina pada kemunculan debut single pertama “What You Waiting For’ yg telah menjadi lagu paling popular yg dimuat turun sepanjang tahun 2011. Dalam album “Take Over” ini Colby telah mencipta 2 buah lagu baru “Hit Me Up” dan “ Cup Of Love”. Selain Colby, Mizz Nina juga berkolaborasi dengan James Freeman dan Koolade dari Crotia untuk lagu baru “With You” dan “Just Do It”. Suami Mizz Nina pula iaitu Noh (hujan) mencipta lirik lagu “Rentak Yang Sama”  dimana susunan muziknya di gubah oleh  DJ Goldfish dan Blink sabagai salah satu  hadiah bagi peminat Mizz Nina yg memiliki album ini. Dalam menghargai peminat Mizz Nina, album ini dilancarkan dalam bentuk pakej 2 CD. CD pertama mengandungi kesemua rakaman lagu baru yg asal manakala CD kedua merupakan versi “remixes” . Mizz Nina mengharapkan peminat2 beliau terhibur dengan buah tangan terbaru beliau.



Terima kasih kpd saudara Joe Saiful (PR Mizz Nina) kerana sudi menjemput penulis ke majlis pelancaran album terbaru Mizz Nina








Kredit Foto :
1) Fanpage Mizz Nina
2) Farish Ayub Photography



No comments: