Friday, May 25, 2012

Helikopter pengangkut CH-46 'bersara'


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Helikopter pengangkut, CH-46 menamatkan perkhidmatan dalam tentera AS kelmarin.
Helikopter itu digunakan dalam semua konflik melibatkan pasukan Marin AS sejak tahun 1964.
CH-46 kini digantikan dengan helikopter model baharu, MV-22 'Osprey'.
Sebanyak 500 buah helikopter CH-46 telah dibina sejak hampir 50 tahun lalu. - Agensi

Helikopter CH-46
Helikopter CH-46 Sea Knight digunakan oleh pasukan Marin Amerika Syarikat untuk tujuan pengangkutan berat sederhana. Helikopter jenis ini mula digunakan dengan pembelian awal sebanyak 600 unit dalam tahun 1964 dan bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan berat sederhana pasukan Marin di Vietnam.
Helikopter ini menggunakan sistem dua kipas rotor (tandem rotor) yang memberikannya pengendalian yang lebih baik di dalam keadaan angin kencang yang membolehkan helikopter ini membuat perubahan kedudukan dan hala dengan cepat semasa pergerakan helikopter yang perlahan. Helikopter ini boleh membawa 25 orang anggota tentera serba lengkap dan boleh membuat angkutan 3 ton dan boleh terbang selama 2 jam. Perut kapal yang luas membolehkan ia digunakan untuk pemasangan pengusung bagi pemindahan mangsa bencana. Helikopter ini boleh mendarat dan terapung sehingga 2 jam di atas air sekiranya perlu membuat pendaratan kecemasan.
Penerbangan sulung helikopter ini dibuat dalam bulan April 1958, sebagai satu inisiatif sendiri syarikat Boeing Vertol yang mengunjurkan aplikasi ketenteraan. Tentera Darat membuat penilaian ke atas 3 buah helikopter tetapi akhirnya mahukan helikopter yang lebih besar dan boleh mengangkut muatan lebih berat.
Pasukan marin pula melihat helikopter ini paling ideal untuk memenuhi keperluannya. Pengubahsuaian dibuat supaya rotornya boleh dilipatkan untuk memaksimumkan ruang simpanan, dan pintu tanjakan yang boleh dibuka semasa penerbangan. Helikopter ini juga dipasangkan mesin angkut (hoist) yang boleh mengangkat beban sehingga 5 ton. Helikopter CH-46A yang pertama membuat penerbangan dalam bulan Ogos 1962 dan diterima berkhidmat mulai tahun 1964.





V-22 Osprey merupakan sebuah pesawat udaratentera pelbagai misi yang memiliki rotor condong. Ia memiliki keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOL). Osprey telah direka untuk melaksanakan misi-misi seperti sebuah helikopter konvensional dengan jarak yang lebih jauh, dan berkeupayaan untuk meluncur pada kelajuan tinggi seperti sebuah pesawat turbin bebaling. Osprey telah dibangunkan dan dikeluarkan oleh Bell Helicopter dengan usahasama dengan Boeing Rotorcraft Systems. Pengguna asal pesawat ini adalah Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Udara Amerika Syarikat.


No comments: