Sinopsis
JALAN KEMBALI… Bohsia 2
Sejarah
‘hitam’ yang pernah tercoret dalam diari hidup Amy sebagai bohsia
akhirnya
telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat.
Dia melangkahkan
kaki
ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis terlanjur dalam
mengubah
nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan
hidup
baru.
Berbeza
pula dengan nasib Tasya, yang semakin
hanyut menjalani kehidupan
sebagai
seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting . Ibunya kesal dengan
pilihan
anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari
lembah
yang hina.
Seperti
Amy , Muz juga telah bertaubat dan
tidak mahu lagi bergelumang
dengan
kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati
dengan
kesedihan ibu Tasya lalu berjanji
untuk mengembalikan Tasya ke
pangkuan
ibunya. Walau pun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah
namun
dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya
ke Jalan
Kembali….
‘Raja’
kumpulan Mat Rempit, Keting kian
rakus dengan aktiviti songsangnya
dengan
Tasya di sisinya. Dalam masa yang
sama dia meneruskan niat jahat
menjejaki
Amy untuk menjerumuskannya kembali ke
lembah hina.
Jika
menerusi filem Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam kisah realiti anak
muda
yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan
Kembali…
menyelongkar
segala onak dan duri kehidupan golongan remaja
songsang
di samping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang
sebenarnya
mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat.
Mampukah
Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik
penghijrahan
hidup mereka. Bagaimanakah kesudahan hidup Tasya
?
Adakah
Keting akan terus menjerumuskan gadis gadis yang lemah pegangan
agama
?
Jalan
Kembali …. Bohsia 2 adalah sebuah filem kritikan social yang bakal membuat
generasi muda berfikir persimpangan manakah yang harus mereka lalui….
ulasan penulis :
seperti biasa genre filem rempit2 mcm kita boleh agak storylinenya, dalam filem ini, watak "Keting" lakonan Sofi Jikan amat menonjol berbanding dgn Syamsul Yusof. Seperti biasa, lakonan anak bujang Datuk Yusof Haslam ini kadangkala nampak "control macho" sikit seperti lakonan2 sebelum ini..ekekek (Sol..jgn mareee arrr)..tetapi kelibat Nabila Huda dan Sofi Jikan amat memberi impak dlm filem ini..begitu juga lakonan "baik" Salina Saibi yg mana beliau mengatakan "amat susah nk berlakon jadi watak baik ni"...jika tidak ada unsur2 lucu dan jenaka mmg tak sah kan dlm filem ?? jadi gabungan 3 pelakon spt Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Kaza menjadi kan filem ini cukup rencah nya. Penulis boleh tabik springgg sama Syamsul Yusof kerana berani menerapkan unsur2 keinsafan dan pengajaran dalam filem ini.Penulis memberikan rating 3.5/5 bintang terhadap karya terbaru Syamsul Yusof ini. Filem ini akan berada di pawangan bermula 7 Jun 2012. Sama2 la kita menyokong industri filem tempatan. Terima Kasih Skop production dan GB kerana sudi menjemput penulis pada sessi ini. sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment