Thursday, May 31, 2012

Pra-tonton filem JIWA TAIKO


FILEM: Jiwa Taiko
ARAHAN: Osman Ali
PELAKON: Remy Ishak, Diana Danielle, Nadiyatul Nissa, Bront Palarae
GENRE: Aksi Drama
TAYANGAN: 14 Jun 2012


SINOPSIS  JIWA TAIKO:

Jiwa Taiko mengisahkan ttg petembungan dua sahabat, Firman dan Pinto yg dulunya sama-sama mejadi penjenayah kecil, tapi kini masing-masing memilih jalan hidup yg berbeza. Firman memilih dunia yg penuh nilai kasih sayang sebaliknya Pinto menjadi Taiko dunia gangsterime. Mampukah cinta dan persahabatan menghapuskan nafsu dan kejahatan ??








ULASAN :
Masih ingat lagi tak kes seorang pelakon terbakar ketika pengambaran filem...??
Yer..filem Bara Jiwa la..., yang Raffie Husin terbakar satu badan ketika melakonan aksi letupan dalam filem itu. Sekarang filem ini telah diubah tajuk menjadi JIWA TAIKO..sesudah tamat tayang filem ini smlm, salah seorang teman penulis berkata "filem ni mcm kombinasi 3 filem iaitu  Anak Halal, KL Gangster dan Ombak Rindu" . Penulis tidak dpt membayangkan keseluruhan 3-3 cerita tersebut kerana penulis tidak pernah melihat filem "anak halal" dan "ombak rindu", tetapi apa yg penulis rasakan filem ini agak biasa, kerana penulis tidak dpt fokus, nak kata bosan pun ada, plot2 ceritanya agak biasa, teknik aksi bertempur juga agak biasa walaupun penulis dpt tahu yg mengajar teknik2 tersebut kalau tidak silat seorang pakar dalam persilatan. Keberanian Osman Alin memasukan elemen2 sensual juga agak berlebihan tetapi penulis memang respek keberanian itu. Elemen2 Islamik yg ditonjolkan agak tengelam disebabkan elemen2 sensual yg ditunjukan sedikit berlebihan. Apa-apa pun penulis tabik pd tuan pengarah kerana sikit sebanyak memperbanyakkan pilihan jalan cerita dlm filem kepada penonton Malaysia. Penulis memberikan 3/5 bintang bagi filem ini. Sesuai utk mereka yg meminati elemen2 aksi tetapi tak sesuai la utk kanak2...sekian.. 




Wednesday, May 30, 2012

Majlis Perhimpunan Seniman Malaysia 2012


Yayasan Seniman P. Ramlee jaga kebajikan penggiat seni


KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mewujudkan Yayasan Seniman P.Ramlee untuk menjaga kebajikan penggiat seni dan membantu mereka menjalankan kegiatan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata apabila seorang penggiat seni sakit, kadangkala tidak ada sesiapa yang menghulurkan bantuan sedangkan lakonan mereka diminati, seperti yang berlaku kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
"Oleh itu, harus kita wujudkan satu kemudahan atas nama seniman agung itu, bagi membolehkan penggiat seni menjalankan kegiatan seni tidak kira sama ada penggubah lagu, pelakon, penyanyi atau mereka yang bergiat dalam seni mempertahankan diri,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Seniman di Astaka Tasik Titiwangsa malam ini.

Rais berkata sebagai permulaan, yayasan itu menerima peruntukan RM1 juta dan daripada jumlah tersebut, RM500,000 adalah sumbangan Yayasan Al-Bukhary manakala bakinya daripada kerajaan.
"Ini hanyalah sebagai pendayung utama (penaja)... kita akan cari pendayung lain dan saya akan cadangkan setiap penyumbang akan dipohon dikecualikan daripada cukai pendapatan,” katanya.


Selain itu, Rais mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi penubuhan Kursi P.Ramlee di Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan dalam Bidang Artistik, Akademi Seni dan Warisan Negara (Aswara) khusus untuk penyelidikan berkaitan bidang seni serta warisan.



"Aswara akan menyediakan kemudahan akademi dan praktikal bagi mengasah bakat seni dan budaya supaya industri kreatif Malaysia muncul sebagai penjana utama kepada negara,” katanya sambil menambah adalah penting untuk menyemai seni dan budaya di kalangan rakyat bagi mewujudkan tamadun yang membentuk masyarakat berbudi bahasa.
"Sekiranya di sekolah-sekolah, universiti dan maktab kita lupa tentang dunia seni (seperti) tarian, kita akan menjadi bangsa yang kering-kontang tanpa kebolehan untuk menguasai sesuatu yang cantik dan indah.
"(Jika) Kita tidak boleh menikmati keindahan, kita akan jadi manusia kasar, pendemonstrasi, jadi orang yang tidak kenal budi bahasa, tidak cintakan seni, justeru, penting pada semua institusi mendidik kita ke arah seni budaya yang boleh dijelmakan kepada industri kreatif,” katanya.
Pada majlis itu, seramai 42 penggiat seni dan budaya menerima Anugerah Tokoh dalam pelbagai bidang.


Selain itu, tujuh anak seniman yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan sebagai galakan untuk terus cemerlang dalam pelajaran. — BERNAMA



Monday, May 28, 2012

Senarai Pembida Berjaya Tender Nombor Pendaftaran Siri WWW


Nombor pendaftaran siri WWW telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,243 permohonan diterima sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei 2012 yang lalu.

Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida.

Surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.

Nombor pendaftaran paling mahal (WWW1) dengan nilai bidaan RM520,000 menjadi milik D.Y.M.M Sultan Ibrahim Johor


sumber : kakibising.com, harianpost dan arena kereta

(Gambar) The Langkawi International Formula Jet Ski 2012 - Round 2 (Putrajaya)

The Langkawi International Formula Jet Ski 2012 - Round 2 (Putrajaya)








Konsert Video Game Live 2012


VIDEO GAME LIVE in Malaysia 2012
Pada 26 Mei 2012, komposer permainan video terkenal  TOMMY TALLARICO telah mengegarkan Istana Budaya sekali lagi dengan konsertnya setelah berjaya dengan konsert pertamanya pada tahun 2010. Konsert ini dibawa oleh ZI Production SB dan GEM Impact SB dengan kerjasama Istana Budaya di bawah naungan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, DBKL , Persatuan Pancaragan Malaysia dan CosPlay-Fun Malaysia.  Okestra Simfoni  Kebangsaan mencipta semula muzik permainan video ini dari permainan “Super Mario” sehingga “Final Fantasy”. Pada konsert malam itu , kehadiran NORIHIKO HIBINO yang merupakan komposer terkenal  JEPUN untuk permainan video Metal Gear Solid, Zone of Enders ini menambahkan lagi kemeriahan dan sambutan yang hangat dari peminat permainan video tempatan. Suasana yg meriah dengan tepukan gemuruh serta pekikan dari para penonton menunjukan betapa terujanya peminat2 ini menyaksikan persembahan hampir 2 jam lebih ini.


 TOMMY TALLARICO
Tommy Tallarico (born on February 18, 1968) is an American video game music composer and musician. He is best known as the co-creator of the concert series Video Games Live. He is also well known for being the co-host of Reviews on the Run (formerly known as Judgment Day in the US
Born in Springfield, Massachusetts, Tallarico entered the video game industry in 1991 and has worked on more than 250 games, including the Earthworm Jim series, Color a Dinosaur, Treasures of the Deep, Messiah, MDK, Flip's Twisted World, Wild 9, Unreal, Cool Spot, Spot Goes to Hollywood, RoboCop versus The Terminator, Maximo, Pac-Man World, Another World, Prince of Persia, Tony Hawk's Pro Skater, and Advent Rising. Tallarico has won over 25 industry awards for best video game audio.[1]
He founded Tommy Tallarico Studios in 1994[1] and the Game Audio Network Guild (G.A.N.G.), of which he is also the president, in 2002. He wrote, co-hosted, and co-produced The Electric Playground and Reviews on the Run (formerly Judgment Day on the G4 network),[1] and co-hosted alongside Victor Lucas in both television programs until he left to focus on Video Games Live. He is also an advisory board member for the Game Developers Conference, a governor for the National Academy of Recording Arts and Sciences (NARAS/Grammy) and a nominating peer panel leader for the Academy of Interactive Arts and Sciences. He released a CD with his music on it, entitled Virgin Games: Greatest Hits, Vol. 1 in 1994. A subsequent volume in the series was released in 1997. His work can also be found on additional releases in official game soundtrack albums with his music featured on them. Tallarico is the co-creator, executive producer, and host of Video Games Live.


 NORIHIKO HIBINO
Norihiko Hibino (日比野 則彦 Hibino Norihiko?, born September 3, 1973) is a Japanese video game composer and saxophonist.
After graduating from Berklee College of Music, he moved to Kansas City to start a career as a solo jazz musician. He later relocated to Japan to work for Konami, where he became best known his work on Konami's Metal Gear Solid and Zone of the Enders video game series.
After working with Konami, Hibino started his own company, GEM Impact, which is a studio consisting of composers Takahiro Izutani, Yoshitaka Suzuki, Takahide Ayuzawa, and Norihiko Hibino himself.

Sumber : wikipedia








Kredit Foto : Farish Ayub Photography

p/s: Jutaan terima kasih kepada saudara Malik Ridhwan (pegawai media ZI Prodcution) kerana sudi menjemput penulis ke konsert VGL 2012



Pelancaran Album Terbaru Mizz Nina - Take Over


Pada tanggal 26 Mei 2012, berlangsungnya pelancaran album terbaru artis Mizz Nina bertempat di Zouk, Jalan Ampang , Kuala Lumpur. Album “TakeOver” merupakan buah tangan terbaru Mizz Nina dimana beliau kembali berkolaborasi dengan penerbit muzik yg berpengkalan di LA iaitu Colby O’ Donis yang pernah membantu Mizz Nina pada kemunculan debut single pertama “What You Waiting For’ yg telah menjadi lagu paling popular yg dimuat turun sepanjang tahun 2011. Dalam album “Take Over” ini Colby telah mencipta 2 buah lagu baru “Hit Me Up” dan “ Cup Of Love”. Selain Colby, Mizz Nina juga berkolaborasi dengan James Freeman dan Koolade dari Crotia untuk lagu baru “With You” dan “Just Do It”. Suami Mizz Nina pula iaitu Noh (hujan) mencipta lirik lagu “Rentak Yang Sama”  dimana susunan muziknya di gubah oleh  DJ Goldfish dan Blink sabagai salah satu  hadiah bagi peminat Mizz Nina yg memiliki album ini. Dalam menghargai peminat Mizz Nina, album ini dilancarkan dalam bentuk pakej 2 CD. CD pertama mengandungi kesemua rakaman lagu baru yg asal manakala CD kedua merupakan versi “remixes” . Mizz Nina mengharapkan peminat2 beliau terhibur dengan buah tangan terbaru beliau.



Terima kasih kpd saudara Joe Saiful (PR Mizz Nina) kerana sudi menjemput penulis ke majlis pelancaran album terbaru Mizz Nina








Kredit Foto :
1) Fanpage Mizz Nina
2) Farish Ayub Photography



Friday, May 25, 2012

Helikopter pengangkut CH-46 'bersara'


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Helikopter pengangkut, CH-46 menamatkan perkhidmatan dalam tentera AS kelmarin.
Helikopter itu digunakan dalam semua konflik melibatkan pasukan Marin AS sejak tahun 1964.
CH-46 kini digantikan dengan helikopter model baharu, MV-22 'Osprey'.
Sebanyak 500 buah helikopter CH-46 telah dibina sejak hampir 50 tahun lalu. - Agensi

Helikopter CH-46
Helikopter CH-46 Sea Knight digunakan oleh pasukan Marin Amerika Syarikat untuk tujuan pengangkutan berat sederhana. Helikopter jenis ini mula digunakan dengan pembelian awal sebanyak 600 unit dalam tahun 1964 dan bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan berat sederhana pasukan Marin di Vietnam.
Helikopter ini menggunakan sistem dua kipas rotor (tandem rotor) yang memberikannya pengendalian yang lebih baik di dalam keadaan angin kencang yang membolehkan helikopter ini membuat perubahan kedudukan dan hala dengan cepat semasa pergerakan helikopter yang perlahan. Helikopter ini boleh membawa 25 orang anggota tentera serba lengkap dan boleh membuat angkutan 3 ton dan boleh terbang selama 2 jam. Perut kapal yang luas membolehkan ia digunakan untuk pemasangan pengusung bagi pemindahan mangsa bencana. Helikopter ini boleh mendarat dan terapung sehingga 2 jam di atas air sekiranya perlu membuat pendaratan kecemasan.
Penerbangan sulung helikopter ini dibuat dalam bulan April 1958, sebagai satu inisiatif sendiri syarikat Boeing Vertol yang mengunjurkan aplikasi ketenteraan. Tentera Darat membuat penilaian ke atas 3 buah helikopter tetapi akhirnya mahukan helikopter yang lebih besar dan boleh mengangkut muatan lebih berat.
Pasukan marin pula melihat helikopter ini paling ideal untuk memenuhi keperluannya. Pengubahsuaian dibuat supaya rotornya boleh dilipatkan untuk memaksimumkan ruang simpanan, dan pintu tanjakan yang boleh dibuka semasa penerbangan. Helikopter ini juga dipasangkan mesin angkut (hoist) yang boleh mengangkat beban sehingga 5 ton. Helikopter CH-46A yang pertama membuat penerbangan dalam bulan Ogos 1962 dan diterima berkhidmat mulai tahun 1964.





V-22 Osprey merupakan sebuah pesawat udaratentera pelbagai misi yang memiliki rotor condong. Ia memiliki keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOL). Osprey telah direka untuk melaksanakan misi-misi seperti sebuah helikopter konvensional dengan jarak yang lebih jauh, dan berkeupayaan untuk meluncur pada kelajuan tinggi seperti sebuah pesawat turbin bebaling. Osprey telah dibangunkan dan dikeluarkan oleh Bell Helicopter dengan usahasama dengan Boeing Rotorcraft Systems. Pengguna asal pesawat ini adalah Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Udara Amerika Syarikat.