Thursday, July 19, 2012

( HIBURAN ) Rakaman WARNA RAYA untuk saluran Astro



Pada tanggal 18 Julai 2012, penulis dijemput oleh rakan media untuk memeriahkan rakaman rancangan “WARNA RAYA” untuk hari raya yang bakal disiarkan di saluran Astro Warna (123) 24 Ogos 2012/Jumaat/4.00ptg dan Mustika HD (134) 24 Ogos 2012/Jumaat/8.30 malam. Diantara artis-artis jemputan yg dijemput bagi memeriahkan rakaman ini ialah

  1. Datuk AC Mizal
  2. Nabil
  3. Kumpulan BOBOI
  4. Kumpulan SEPAHTU
  5. Kumpulan OSBON
  6. Kumpulan SHIRO
  7. Kumpulan JAMBU

Sinopsis :

Warna Raya merupakan satu program lawak yang menghimpunkan para pelawak tanah air dalam program Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dalam satu program yang berkaitan dengan Hari Raya. Program raya ini mempunyai unsur2 lawak seperti “silent comedy”. “lawak muzikal” “slapstick” dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian jalan cerita agar ia kelihatan menarik dan menghiburkan.


























































Tuesday, July 17, 2012

( FILEM ) Pra Tonton Filem SAM (Saya Amat Menyintaimu)


Jika tengok pada umur pengarah filem ini, penonton pasti tidak percaya ia merupakan garapan dari seorang pengarah muda yg hanya berumur belasan tahun, filem ini diarahkan pada tahun lepas semasa beliau masih berumur 18 tahun, hasil idea dengan sepupunya, empunya diri yang bernama Syafiq Yusof membuktikan bahawa idea seorang remaja belasan tahun tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Pelaburan RM1.9 juta oleh produksi SKOP Production  betul-betul membuah kan hasil yang berbaloi. Secara peribadi, penulis boleh memberikan TABIK HORMAT kepada pengarah muda ini. Dan beliau sememangnya layak dianugerahkan  'The Youngest Film Director’ dari Malaysia Book of Records pada tanggal 11 Julai 2012.


SINOPSIS FILEM :

SAM
(Saya Amat Mencintaimu)

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.










Monday, July 16, 2012

( HIBURAN ) Rakaman Aktif Raya di RTM


pada tanggal 15 Julai 2012, penulis dijemput oleh rakan media untuk sama2 memeriahkan rakaman raya utk saluran RTM di Angkasapuri. 







Saturday, July 07, 2012

( GAMBAR ) SHOWCASE JINBARA “KOLABORASI MENTAL"


Malam tadi berlangsungnya (6 July 2012) berlangsungnya showcase kumpula Jinbara bertempat di Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. Persembahan dimulakan dengan kemunculan 2 kumpulan jemputan iaitu PAYSLIPS dan AWAN BAND sebelum Jinbara mengakhiri showcase tersebut dengan gabungan medley2 terbaik mereka dari album terdahulu sehingga album terbaru mereka   “KOLABORASI MENTAL".
  











Antara artis jemputan yang hadir berduet dgn Jinbara ialah Fiq Mentor. Disamping itu juga , para hadirin dan peminat dipersembahkan dengan video klip terbaru mereka “Milik Siapakah Gadis Ini” yang bakal menemui peminat pada Isnin ini 9 Julai 2012.



Friday, July 06, 2012

(PENDEDAHAN) Pelakon Baru Berspender Mendedahkan Diri!!


melihatkan kepada gambar di atas ..ramai org yg terkedu..smpkan satu forum hiburan sensasi dan terkini mengutarakan kisah pelakon ini...penulis berkongsi gambar dari blog sahabat baik penulis iaitu "buah mulut.com"..penulis bukan peminat gossip ..malahan bukan nk jadikan blog penulis ini sbg ruangan gossip ttp lebih kpd info..disebabkan penulis sendiri smlm terlibat dgn temubual dgn pemilik gambar ini....maka boleh la sikit sebanyak penulis berkongsi...artikel kredit kpd blogger "buahmulut.com"....


“Kalau saya yang mendedahkan gambar saya sendiri kepada pihak media semata-mata mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon maka saya boleh di katogerikan sebagai orang yang bodoh kerana pendedahan ini boleh menutup periuk nasi saya.” – Waslie Duby


Itu adalah kata-kata dari pemilik gambar pelakon baru yang pernah membintangi beberapa drama diantaranya Titisab Darah Pahlawan, Langkah Bendul, Bocara Hati, Titisan & Rubiah yang pada kami kurang dikenali di kaca televisi. Isu yang pernah kami siarkan di link ini “Peminat Kecewa Artis Baru berSpender di Tepi Pantai”. Maka Satu perjumpaan diantara crew kami dan Waslie telah diadakan pada malam [5 July 2012].
Memulakan bicara, beliau mengakui terkejut dengan tersebarnya gambar ini kerana baginya gambar itu adalah hak peribadi dirinya. Apatah lagi gambar yang hanya berseluar dalam yang diperagakanya dilakukan di tempat yang sesuai iaitu di Pantai Phuket Thailand.
Jelasnya “Saya minta maaflah diatas gambar yang yang telah disebarkan ini. Saya akui ini gambar saya dan tak nafikan dengan adanya gambar seperti ini di internet sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan yang kurang baik untuk diri saya sebagai seorang pelakon yang baru nak bertapak di bidang ini. Disebabkan gambar ini juga periuk nasi saya tergugat apabila digugurkan dari sebuah drama.”
Waslie juga turut berasa terkilan kerana seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon bersamanya turut sama menyiarkan kembali gambarnya itu di Fan Page miliknya dengan mengunakan perkataan ‘Berbogel’. Baginya perkataan berbogel itu suatu kata yang agak kasar.



“Saya tak ada masalah jika ada juga yang percaya itu gambar bogel. Secara logiknya takkan la saya hilang akal sampai nak bergambar begitu sekali. Perkara sebegini memang sedikit sebanyak mengaibkan saya. Tapi sebagai seorang anak seni saya cuba untuk berfikir secara positif. Mungkin perkara ini ada hikmah disebaliknya dan label sebagai artis baru bermasalah akan cuba saya jauhi dimasa akan datang.”
Pengakhiri perbualan, Waslie sekali lagi memaklumkan terpulang kepada orang diluar sana sama ada mahu mempercayai apa yang dikatanya mahu pun tidak. “Yang pasti ini memang bukan satu cerita fantasi rekaan saya sendiri untuk menonjolkan diri sebagai seorang pelakon baru. Ianya terjadi tanpa saya sedari dan saya akui ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan saya kepada penonton diluar sana.”




p/s : berhati2 kpd semua ..pastikan segala gambar2 peribadi anda disimpan sebaik-baiknya


( SEMASA ) SHARD - London miliki bangunan tertinggi di Eropah


LONDON – Bangunan pencakar langit tertinggi di Eropah, Shard yang dibina dengan 95 peratus dana dari Qatar, dirasmikan di sini semalam.
Struktur besi dan kaca setinggi 310 meter itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Jassem Al-Thani dan Putera Andrew yang merupakan anak lelaki pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Satu pertunjukan cahaya laser dengan iringan muzik orkestra diadakan bagi menyerikan majlis perasmian tersebut.
Perasmian berkenaan menandakan pembinaan bahagian luar bangunan itu telah siap.
Bangunan Shard terletak di tebing selatan Sungai Thames dekat Jambatan London di sini.
Kerja-kerja menyiapkan bahagian dalaman bangunan berkenaan dijangka berterusan sehingga tahun hadapan.
Bangunan itu lebih rendah jika dibandingkan dengan Bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.
Burj Khalifa setinggi 828 meter.

Bagaimanapun, bangunan Shard mengatasi Menara Moscow di Rusia sebagai bangunan tertinggi di Eropah.
Nama Shard diberikan oleh arkitek Itali yang mereka bentuk bangunan berkenaan, Renzo Piano.
Dengan kapasiti boleh memuatkan 12,000 orang, bangunan setinggi 95 tingkat itu akan menempatkan sebuah hotel lima bintang, ruang pejabat seluas 600,000 meter persegi dan beberapa restoran mewah serta kedai.
Bangunan pencakar langit berbentuk meruncing itu juga akan menempatkan 10 unit apartmen.
Setiap apartmen dilaporkan berharga sehingga £50 juta (RM246 juta).

Apartmen di tingkat 53 hingga 65 bangunan itu merupakan kediaman tertinggi di Britain.
Dibina dengan kos £450 juta (RM2.22 bilion), Shard akan dibuka sebagai tarikan pelancong pada Februari depan. Setakat ini lebih 17,500 orang mendaftar secara dalam talian untuk melawat dek pemandangan bangunan tersebut manakala tiket bagi tujuan tersebut boleh ditempah bermula hari ini. – AFP
sumber artikel : Kosmo & AFP
sumber gambar : Google

(SEMASA) Wanita kurus menjuarai pertandingan makan hot dog


Wanita kurus makan 45 hot dog


NEW YORK - Seorang wanita kurus, Sonya Thomas, 44, memecahkan rekodnya sebelum ini dengan memakan 45 hot dog dan roti ban dalam masa 10 minit dalam pertandingan memakan makanan itu dalam kategori wanita kelmarin.
Mendapat jolokan labah-labah 'Black Widow', wanita seberat 45 kilogram itu berkata, dia mencapai matlamatnya untuk memakan bilangan hot dog yang menyamai usianya.

Thomas yang berdarah kacukan Korea-Amerika, merupakan antara 15 peserta pertandingan tersebut.
Dia mengatasi rekodnya pada tahun lalu dengan kelebihan lima hot dog.
Thomas dari Alexandria, Virginia memenangi tali pinggang kejuaraan dan wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,545).
Dia menyertai Kejuaraan Antarabangsa Memakan Hot Dog Terkenal Nanthan yang berlangsung di Pulau Coney di sini.

Joey Chestnut, 28, mempertahankan kejuaraannya untuk kali keenam berturut-turut dalam kategori lelaki apabila dia memakan 68 hot dog yang menyamai rekodnya pada 2009 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000.

Kategori lelaki dan wanita itu mula diwujudkan pada tahun lalu.
"Pertandingan secara berasingan adalah sesuatu yang baik kerana tekak (wanita) lebih kecil. Justeru, kami tidak dapat menelan secepat mereka (lelaki)," kata Thomas sebelum pertandingan bermula.
Apabila pertandingan makan hot dog itu mula diadakan pada tahun 1916, pemenang acara berkenaan memakan cuma 13 hot dog dalam masa 10 minit. - AFP

sumber artikel : Kosmo & AFP
sumber gambar : google

Wednesday, July 04, 2012

Real Hot Wheels Double Loop Dare


Team Hot Wheels drivers Tanner Foust and Greg Tracy set a new Guinness World Record racing two vehicles through a six-story double vertical loop at the 2012 X Games in Los Angeles! It's Hot Wheels For Real!


Team Hot Wheels green driver Greg Tracy and yellow driver Tanner Foust celebrate after setting a Guinness World Records Title by successfully racing through a 60-foot-tall double vertical loop at the X Games Los Angeles on Saturday June 30, 2012 in Los Angeles.






Tuesday, July 03, 2012

(HIBURAN) SHOWCASE JINBARA “KOLABORASI MENTAL"


Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun ‘ringbacktones’ tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!
Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan  Allahyarham Andi Rahman bertajuk “Biru Mata HitamKu” dan “Hilang”. Lagu “Biru Mata HitamKu” adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu “Hilang” dinyanyikan secara solo oleh Cepot.
Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk “Oh Mama Saya Mahu Kahwin”. Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael.
KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk “Chinta”, hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit “Kasihnya Laila”. Lagu “Chinta” pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin,  vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.
Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk “Milik Siapakah Gadis Ini”. Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan ‘menyuntik’ unsur ‘rock’, lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.  Sejak dirilis Mac lalu, lagu “Milik Siapakah Gadis Ini” mula mendaki carta radio. Setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari oleh peminat muzik tanah air!
Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara ini juga, sebuah ‘showcase’ akan diadakan pada tanggal 6hb Julai 2012 ini. Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL, juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan. Selain itu, khas buat para peminat JINBARA, “Milik Siapakah Gadis Ini” akan ditayangkan secara ekslusif pada ‘showcase’ ini nanti!!  


Bagi yang mendambakan persembahan daripada artis kesukaan ramai ini, marilah beramai-ramai memeriahkan showcase JINBARA! Tiket persembahan akan mula dijual di pintu masuk Sixty3 Club pada jam 6.30 petang pada hari showcase, dan boleh diperoleh dengan harga hanya RM25.00 sahaja!


Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:


1.     Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
2.     Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
3.     Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
4.     Hilang (Jinbara)
5.     Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)