Wednesday, June 20, 2012

(HIBURAN) Pra Tonton Filem : Mael Lambong


Filem Mael Lambung arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan filem komedi yang bakal ditayangkan dipawagam pada 21 Jun 2012 nanti.
Filem terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, membariskan beberapa orang pelakon utama seperti Zizan Razak, Juliana Evans, Taiyudin Bakar (Tai), Shenthy Feliziana dan lain-lain.



SINOPSIS 
Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?










ULASAN :

secara peribadi penulis amat seronok menonton filem ini, begitu juga dgn pihak media lain , VIP serta tetamu2 jemputan yg lain, walaupun jalan ceritanya agak biasa ttp aksi dan telatah lucu Zizan sbg Mael Lambong sungguh menghiburkan. Penulis memberi 3/5 bintang kepada filem ini. Terima kasih penulis ucapakan kepada pihak Excellent Pictures kerana sudi menjemput penulis ke tayangan ini , tidak lupa juga kpd pihak kelab peminat TaiBloods (Taiyudin Bakar) kerana membantu penulis mendapatkan kudapan dan minuman pd malam tersebut, terima kasih, sekian.

TRAILER FILEM :




Tuesday, June 19, 2012

(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN ALBUM JINBARA


MAJLIS PELANCARAN ALBUM JINBARA - KOLABORASI MENTAL

(HIBURAN) LISTENING PARTY KUMPULAN HUJAN


MARI MERIAHKAN LISTENING PARTY HUJAN !!
Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJANtampil dengan sebuah album baru yang sangat berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia merangkap JUARA bagi program Versus TV9 yang menghimpunkan artis dan band ternama industri tanahair, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini LONELY SOLDIER BOY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada, SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak ‘berat’ daripada kebiasaan, menjanjikan sesuatu yang berbeza, khusus buat peminat muzik tanah air!
Dalam usaha mempromosi album baru HUJAN, hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan HOT FM, TV9, PUBLIKA juga MORNING ROCKET, sebuah majlis diadakan khas bagi memperdengarkan lagu-lagu daripada album ini dianjurkan. Dengan diberi nama LISTENING PARTY HUJAN, majlis ini akan dihadiri oleh para media dan para peminat bertuah yang terpilih.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh turut memeriahkan majlis ini dengan membeli CD SANG ENEMY yang akan dijual di lokasi majlis. Gerai menjual CD ini akan dibuka mulai jam 7 petang.

KHAS BUAT PARA PEMINAT HUJAN, MARI BERSAMA MEMERIAHKAN PARTY INI!!!
Bagi anda yang ingin mengabadikan RUMAH KITA sebagai nada dering, anda boleh turuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*266775# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*160608# dan tekan call/send, ataupun dengan melayarihttp://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0161304 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayarihttp://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*379756# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.


Pra-Tonton Filem : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)


SINOPSIS :

Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari 'soulmate'. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang 'Meet Soulmate'. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.



TRAILER HACKS :


ULASAN :

penulis memberikan 3.5/5 bintang kepada filem ini, jalan cerita yang ringan dan kadangkala melucukan, cuma ada satu atau dua babak yg agak "seksis" untuk dipertontonkan kepada umum, tetapi secara keseluruhannya filem ini mempunyai ramuan yg seimbang, apa yang penting mesej filem ini adalah mengenai pengorbanan, itu sesuatu yg amat sesuai untuk disajikan kepada golongan masyarakat, filem ini akan berada di panggung wayang berdekatan anda pada 21 Jun 2012, sekian

Sunday, June 17, 2012

(HIBURAN) Majlis Doa Selamat Kumpulan Hujan


Majlis Doa Selamat kumpulan Hujan di Restoran Rebung, Bangsar, KL sempena kejayaan mereka menjuarai pertandingan hiburan "Versus" di TV9






Thursday, June 14, 2012

(Filem) Majlis Pra-Tonton Filem "Aku, Kau & Dia"


Sinopsis Filem :
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cubauntuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan? 


Barisan Pelakon :
Sharifah Zarinatasha
Remy Ishak,
Pekin Ibrahim
Marissa Yasmin
Harun Salim Bachik
Hariss Idola Kecil 3
Nash
Amerul Afendi

Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Delynne Hashim








Ulasan :
Filem ini boleh dikategorikan sbg filem yg agak berat tetapi mempunyai jalan cerita yg teratur, ditambah pula dgn sedikit sebanyak babak komedi menjadikan ia sesuatu yang menghiburkan penulis. Lakonan kali pertama "heroin" baru juga tidak menghampakan kerana beliau mempunya karektor yg cukup menarik. Filem ini bakal ditayangkan di panggung pada 28 June 2012. Marilah kita memertabatkan industri filem tanah air, sekian.

Sunday, June 10, 2012

(Sukan) The Autobacs SUPER GT - Round 3 - Malaysia


Tamat sudah perlumbaan Super GT Japan 2012. MALAYSIA sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi hos perlumbaan kereta Super GT Jepun 2012. Mengikut kalendar Super GT Jepun 2012, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menjadi hos perlumbaan tersebut, manakala tujuh lagi pusingan diadakan di negara Matahari Terbit itu.

Keputusan Perlumbaan :





Gambar :






Antara Tarikan Perlumbaan - GT Queen :















Thursday, June 07, 2012

(EVENT) #TwtUpKami Perjumpaan Twitter Terbesar di Malaysia - 9 Jun 2012


#TwtUp bermaksud “Twitter Meet-Up” yang merupakan sejenis gathering antara pengguna twitter di seluruh dunia. 


Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Date : June 9 2012
Time : 9 AM -> 7 PM
Admission : FREE!



Line up -
Estranged 
Bunkface 
Noh Hujan 
OAG 
Oh Chentaku 
Andy Flop Poppy 
Kyoto Protocol 
Acid Hadi 
Daiyan Trisha 
Ain Zulkifly
Azreel Azhar 
Karmal
Rosevelt
Ramona Azween 
Faliq Fahmie

Wednesday, June 06, 2012

Satay Kambing Indonesia (Bandar Utama)


Minggu lepas saya menghala ke eCurve Damansara, jadi teringat pasal cerita teman2 tentang satay kambing kedai indonesia di kawasan Bandar Utama, belakang bangunan TV3 Sri Pentas. Penulis pun pergi la mencuba hidangan ini, apa yg penulis boleh simpulkan kan..sataynya mcm rasa satay tempatan dgn perapan rempah dan manis. Tak seperti satay kambing kat Kg Pandan yg mmg kosong tanpa perapan dibakar mentah2. Kuah satay BU ini mcm kuah biasa cuma pekat dan mcm dicampur tepung sbb ia likat, rasanya ada kelat2 sikit dan disertakan dgn sambal (rujuk gambar bawah)


Nasi himpit nya dipanggil LONTONG (kalau x silap) dibungkus dgn daun pisang dan berwarna sedikit kehijauan. Rasa macam nasi himpit biasa cuma bentuk jer berbeza (rujuk gambar bawah)



Macam mana hendak ke sana?
  1. Masuk simpang sebelum Sri Pentas TV3
  2. Terus, nampak stesen minyak sblh kiri dan masuk kiri.
  3. Terus sehingga nampak Pelangi Kondo.
  4. Terus slps barisan rumah kedai, anda akan melihat kedai kayu sebelah kiri dlm jarak 50 meter

Harga Makanan : 
satay kambing - RM0.70
satay ayam dan daging - RM0.60






Tuesday, June 05, 2012

(Pra Tonton) Filem : X Janda-jandaku Gangster


Sinopsis -  X Janda-jandaku Gangster. 
5 bekas isteri, 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira.
Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ‘isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ‘hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh.
Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga.




Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie.
Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki.






Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya.




Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?


Ulasan :
cerita seronok utk ditonton.. 3.5/5 Bintang diberi...


kredit foto :
1) MIG Facebook
2) Farish Ayub Photography