Tuesday, July 31, 2012

(HIBURAN) Konsert “Pesona Aidilfitri” Orkestra RTM

Orkestra RTM dengan bangganya membawakan konsert yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti. “Pesona Aidilfitri”, konsert yang bertemakan tiga diva RTM ini menggabungkan persembahan dari tiga penyanyi wanita ternama yang lahir dari rancangan RTM iaitu Dayang Nurfaizah (Golden Teen Search 1997) , Misha Omar (Bintang RTM 2001) dan Alyah (Bintang HMI 2000) sebagai penyanyi utama selain mengundang “junior” Bintang RTM , Aisha Safia dan Roaini yang merupakan Juara dan Finalis Bintang RTM 2012. Konsert ini berlangsung selama satu setengah jam dan diiringi oleh 39 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan , Luqman Aziz dengan memainkan 18 buah lagu-lagu raya malar segar selain memainkan lagu-lagu “single” terbaru Alyah, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Selamat Hari Raya (Fazidah Joned), Selamat Hari Raya (Biduanita Pn Sri Saloma), Pulanglah (Aishah), Hari Mulia (Sheila Majid), Hari Raya Bahagia (Jay Jay) dan banyak lagi. Konsert “Pesona Aidilfitri” ini diterbitkan oleh Rashidah Ali dan Orkestra RTM ini bakal ditayangkan pada Hari Raya Keempat (22 Ogos 2012) , pada hari Rabu , jam 9.00 malam hingga jam 10.30 malam di Saluran RTM TV1.

Monday, July 30, 2012

(SEMASA) Majlis Memperkenalkan Duta-Duta Produk DCarbo2

DCARBO2 adalah produk dari teknologi terkini Jerman, ia merupakan pembersih kotoran karbon di dalam ruang pembakaran yang sangat efektif. Formulasi 100% “Bio Fuel Technology” serta mesra alam. Ia merupakan produk Pembersihan karbon dapat membantu mengoptimumkan prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan enjin hampir ke tahap asal. Dengan itu, ianya dapat mengurangkan penggunaan bahan api(menjimatkan minyak). Kebersihan DCARBO2 adalah sama seperti anda membuat TOP OVERHAUL.
Pembakaran bahan api dalam semua kenderaan tidak pernah lengkap, oleh kerana itu kita boleh mencium bau petrol dan asap hitam kelihatan di paip ekzos. Selepas proses pembersihan menggunakan DCARBO2, sesetengah kenderaan akan didapati terdapat titisan air keluar melalui ekzos. Mengikut formula kimia, jika air (H20) dihasilkan, maka pembakaran adalah lengkap dan sempurna.
Pada 28 Julai 2012 bertempat di K Club , Taman Melawati , Syarikat RIGHT TRACK ASIA telah mengadakan satu majlis berbuka puasa berserta majlis memperkenalkan duta-duta baru bagi produk mereka disamping memperkenalkan barisan keluaran terbaru produk-produk penjagaan enjin dan juga minyak hitam mereka. Di majlis itu, pengasas RIGHT TRACK ASIA , Kapten Khairuddin memperkenalkan 3 duta produk bagi syarikat iaitu Boy Iman (pelakon), Puteri Mardiana (pelakon) dan GBob Raja Lawak berserta majlis penerangan mengenai produk serta demostrasi produk-produk keluar an mereka.Antara produk-produk terbaru keluran Syarikat RIGHT TRACK ASIA ialah AMTEC OIL FUEL BOOSTER , AMTEC ENGINE METAL TREATMENT GOLD serta barisan minyak hitam AMTEC OIL pelbagai gred yang berteknologi terbaru.
Anda boleh mendapatkan segala maklumat penting mengenai produk RIGHT TRACK ASIA melalui laman web mereka : http://www.righttrack.asia/default.asp
















Friday, July 27, 2012

(GAMBAR) Selebriti MIG semasa Majlis IFTAR 2012












(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa METROWEALTH (MIG) 2012


Sempena keberkatan bulan Ramadan ini, Metrowealth (MIG) telah menganjurkan “IFTAR MIG 2012” bertempat di perkarangan Wisma Metrowealth PJCC. Seramai 200 orang penghuni dari 4 buah rumah kebajikan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dijemput sebagai tanda keperihatinan MIG dan menjadi salah satu tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan. Antara rumah-rumah kebajikan yang terlibat adalah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Persatuan Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Taman Medan serta Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Quran Hashimiah. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis di bawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin, Along Cham, Fezrul Khan dan Diana Amir serta artis-artis baru seperti Wawa Zainal, Zalif Sidek dan sebagai nya. Turut juga menyerikan lagi majlis ini ialah kehadiran rakan-rakan media bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah yang sedia terjalin antara satu sama lain.














Tuesday, July 24, 2012

(HIBURAN) 4 Koleksi Album RAYA Terbaik dari Warner Music

Empat buah album raya didatangkan kembali!!
Khas daripada Warner Music Malaysia
EID MUBARAQ
“Eid Mubaraq” merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu nasyid raya dan ramadhan mala segar, yang tentunya lain daripada yang lain!! Sebanyak 34 buah lagu yang dimuatkan dalam album ini dengan menampilkan artis-artis seperti Raihan, Rabbani, Ramli Sarip, Nowseeheart, Ajai, Aris, Yasin, Ayai, M. Nasir dan 2 kumpulan nasyid wanita iaitu Al Mizan dan Hidayah. Tidak lupa juga, Sharifah Aini dan Uji Rashid. Marilah kita sama-sama ceriakan hari raya ini dengan EID MUBARAQ yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat hanya dengan harga RM 27.90 sahaja!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
DISC 1
  1. TAKBIR
  2. DI AMBANG SYAWAL – RABBANI
  3. LEBARAN INI – RAIHAN, NOWSEEHEAT, REM & AJAI
  4. HARAPAN RAMADHAN – MAN BAI RAIHAN
  5. GEMA TAKBIR – RAIHAN  & NOWSEEHEART
  6. LAILATUL GADAR – RAIHAN
  7. MULIANYA RAMADHAN – REM
  8. KE DESA – NOWSEEHEART
  9. HARI RAYA UNTUK SEMUA – RAIHAN & NOWSEEHEART
  10. IKTIBAR RAMADHAN – AMIR PEARL
  11. SATU PADI DI HARI RAYA – RAIHAN & NOWSEEHEART
  12. RINDU AIDILFITRI – AJAI
  13. TAQWA IMAN – RAIHAN & S JIBENG
  14. ANTARA 2 CINTA – RAIHAN
  15. DARI TUHAN – AWIE & RAIHAN
  16. PERMAIDANI – ARIS
  17. PERTAMA RAMADHAN INI – SHAMRIN

DISC 2
  1. TAKBIR
  2. DENGAN BISMILLAH – UJI RASHID
  3. MINAL AIDIL WAL FAIZIN – S AINI
  4. TANGANKU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN
  5. BERSYUKUR – AL MIZAN
  6. SERUAN SUCI – AL MIZAN
  7. SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN
  8. TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH – HIDAYAH
  9. HARI MULIA HARI BAHGIA – HIDAYAH
  10. TETAMU SEJA – ARIS
  11. DOA – ILUSI
  12. KEAGUNGAN TUHAN – ILUSI
  13. ESOK HARI RAYA – YASIN
  14. KESEDARAN HATI – AL MIZAN
  15. DUNIA DAN AKHIR – AL MIZAN
  16. KAU YANG SATU – RAMLI SARIP
  17. RAIKAN CINTA – M NASIR



GEMA AIDILFITRI
Warner Music juga telah mengeluarkan sebuah album raya berjudul “Gema Aidilfitri”. Album ini merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu raya yang belum dikegorikan sebagai klasik tetapi bakal menjadi lagenda atas permintaan ramai dan semakin banyak dikeudarakan pada musim hari raya sebelum ini. Album yang memuatkan sebanyak 28 buah lagu ini menampilkan artis-artis terkenal seperti Jamal, Azlina, Uji Rashid, Jay Jay dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan GEMA AIDILFITRI yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 27.90 sahaja hanya dari Warner Music!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
Disc 1
Takbir Raya
1.      Bergembira Di Hari Raya - Jamal, Uji, Hail Amir, Khadijah , Azean
2.      Gema Takbir – Uji Rashid
3.      Indahnya Beraya Di  Desa – Azlina Aziz
4.      Senandung Hari Raya Untnk Mu– Dayangku Intan
5.      Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah
6.      Lambaran Aidilfitri – Jamal & Saleem
7.      Gurindam Di Pagi Syawal – Jay Jay
8.      Gembira Bersama Di Hari Raya – Othman Hamzah
9.      Salam Dunia – M Nasir
10.  Riang Ria – Ahli Fiqir
11.  Seri  Hari Raya – Sweet Charity
12.  Pengertian Hari Raya – Uji  & Hail
13.  Hari Raya Bahgia – Jay Jay
14.  Hari Ini Hari Raya - Iwan , Amelina, Cici Faramida, Sheeda

Disc 2
Takbir Raya
1.      Sampaikan Salamku Di Hari Raya – Jamal Abdillah
2.      Tanganku Hulur Maaf Ku Pohon – Al Mizan
3.      Selamat Berhari Raya – Al Mizan
4.      Syawal Menjelang – Ramli Sarip
5.      Bingkisan Utk Perwira – Khadijah Ibrahim
6.      Maafkan Segala Keterlanjuran – Jamal
7.      Rindu Di Aidilfitri – Ajai
8.      Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Jamal Abdillah
9.      Sabarlah Sayang – Iklim
10.  Pertemuan Di Hari Raya – Amelina & Sheeda
11.  Takbir Rindu – Iwan
12.  Suasana Di Hari Raya – Amelina
13.  Kurniaan Di Hari Raya – Feminin
14.  Satu pagi di hari raya - Raihan





HARI YANG MULIA
32 buah lagu-lagu hari raya kegemaran sepanjang zaman telah disatukan dalam album raya kali ini yang berjudul “Hari Yang Mulia”. Album ini merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu raya klasik yang menampilkan artis-artis seperti P.Ramlee, Saloma, Sudirman, Sharifah Aini, Uji & Hail, Sanisah Huri dan ramai lagi. Terdapat beberapa lagu yang dirakamkan dalam era 60-an, ini sangat klasik! Turut menampilkan lagu-lagu hari raya terbaru daripada Sheila Majid, ‘Balik Kampung’ daaripada Sudirman dan sebuah lagu raya balada daripada Khairil Johari Johar’s, `Sepasang kurung biru’.  Bagi peminat-peminat lagu-lagu klasik, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan HARI YANG MULIA yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 27.90 sahaja, juga VCD Karaoke (lagu-lagu terpilih sahaja) dengan harga RM20.90 sahaja, hanya daripada Warner Music Malaysia!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
1. Dendang perantau - P.Ramlee
2. Selanat Hari Raya - Saloma
3. Dari Jauh kupohon maaf - Sudirman
4. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
5. Selamat hari Raya - Fazedah Joned
6. Aidifitri - Sanisah Huri
7. Seloka Hariraya - Uji & Hail
8. Balik kampung - Sudirman
9. Cahaya aidilfitri - BDB
10. Suasana hariraya - Sharifah Aini
11. Selamat hariraya- Ahmad Jais
12. Suasana riang di hariraya - Junainah
13. Hari mulia- Sheila Majid
14. Selamat berhariraya - Rahimah Rahim
15. Kepulangan yang di nanti - Aman Shah
16. Menjelang hariraya - D.J. Dave
17. Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri
18. Sepasang kurung biru - Khairil johari johar
19. Di pagi aidilfitri - Rosemaria
20. Hari yang mulia - Sharifah Aini
21. Doa di hari mulia - uji rashid
22. Suasana di hariraya- Anuar dan ellina
23. Bersama di hari raya - Cenderawasih
24. Suara Takbir - D.J.Dave
25. Pulang di hari raya – Noorkumalasari
Dan banyak lagi....


SATU SYAWAL SATU MALAYSIA
Buat kali pertama lagu-lagu hari raya daripada P.Ramlee, Saloma, M. Nasir, Jamal Abdillah, Sudirman, Azlina Aziz, Al Mizan dan Aishah disatukan bersama dalam satu album. Ini merupakan sebuah album kompilasi raya terbaik sepanjang zaman! Sebanyak 32 buah lagu-lagu hari raya kegemaran sepanjang zaman disatukan dalam sebuah album kompilasi raya terbaik ini yang berjudul “Satu Syawal Satu Malaysia”. Sangat klasik! Terdapat beberapa lagu yang dirakamkan dalam era 60-an. Terbaik! Turut menampilkan sebuah lagu hari raya terbaru daripada Johan Raja Lawak. Bagi peminat lagu-lagu sepanjang zaman, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan hari raya anda dengan SATU SYAWAL SATU MALAYSIA yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 19.90  hanya daripada Warner Music Malaysia! Album ini juga boleh didapati dalam bentuk VCDdengan harga hanya RM20.90!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
CD1
1. Takbir Raya
2. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir
3. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
4. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
5. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
6. Selamat Hari Raya - Saloma
7. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir
8. Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah
9. Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah
10. Dendang Perantau - P.Ramlee
11. Di Pagi Aidifitri - Rosemaria
12. Pulang Dihari Raya - Noorkumalasari
13. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
14. Selamat Berhari Raya - Rahmah Rahim
15. Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri
16. Menjelang Hari Raya - Dj Dave
17. Suasana Dihari Raya - Anuar & Ellina

CD 2
1. Takbir Raya
2. Pulanglah - Aishah
3. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
4. Indahnya Beraya Didesa - Azlina Aziz
5. Salam Aidilfitri - Jamal Abdillah
6. Gurindam Dipagi Syawal - Jay Jay
7. Lambaian Aidilfitri - Saleem & Jamal Abdillah
8. Salam Dunia - M.Nasir
9. Halaman Asmara - Ziana Zain & Awie
10. Hari Raya Bahagia - Jay Jay
11. Aidilfitri - Sanisah Huri
12. Hari Yang Mulia - Sharifah Aini
13. Doa Dihari Raya - Ujid Rashid
14. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
15. Musafir Di Aidilfitri - S.Jibeng
16. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
17. Satu Syawal - Johan Raja Lawak (Lagu Baru)






(HIBURAN) Album dan DVD Karaoke Raya "PILIHAN HARI RAYA !!!"

buah tangan dari Warner Music sempena bulan Ramadhan yang lagi berkat ini

PILIHAN HARI RAYA
Jangan biarkan bahang pilihan raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda! Lupakan segala sengketa sesama ‘bangsa dan agama’ dan sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama! Khas daripada Warner Music Malaysia, terimalah sebuah album kompilasi yang bakal menceriakan raya anda!
PILIHAN HARI RAYA memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air. Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah SELAMAT HARI RAYA dendangan SALOMA, juga SALAM AIDILFITRI, sebuah lagu yang dipopularkan oleh JAMAL ABDILLAH. Tidak lupa juga DARI JAUH KUPOHON MAAF oleh SUDIRMAN, lagu kegemaran ramai DENDANG PERANTAU oleh P RAMLEE, TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON oleh AL MIZAN,  serta banyak lagi lagu yang tidak kurang hebatnya!!
Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah sebuah lagu baru bertajuk KEMAAFAN LEBARAN yang menampilkan FIRDAUS berkolaborasi dengan FARIS (AWANBAND) dan YOUK (BUNKFACE).  Sebagai sebuah lagu rancak dengan ‘mood’ pop, lagu ini berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada. Sebuah kolaborasi sulung kumpulan FIRDAUS dengan anggota AWANBAND dan BUNKFACE, KEMAAFAN LEBARAN tentunya menjanjikan sesuatu yang berlainan.
Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix oleh DJ DAVE, bertajuk MENJELANG HARI RAYA  dengan penampilan istimewa Steve Thornton, DJ Nabila & Feeraz. Menyentuh soal keseluruhan idea kreatif penghasilan lagu, MENJELANG HARI RAYA versi mix ini diilhamkan oleh Mr Santhana Rajan M. yang juga selaku penerbit lagu ini. Nada dering lagu ini boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayarihttp://www.thecube.my.
Meriahkan Aidilfitri anda dengan album kompilasi terbaru oleh Warner Music Malaysia ini yang boleh didapati dengan harga hanya RM20.90!
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
1.                       TAKBIR RAYA
2.                        SELOKA HARI RAYA
3.                        KEMAAFAN LEBARAN
4.                         MENJELANG HARI RAYA
5.                         TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON
6.                          SELAMAT HARI RAYA
7.                           SELAMAT HARI RAYA
8.                            SALAM AIDILFITRI
9.                            SUASANA DI HARI RAYA
10.                       SELAMAT BERHARI RAYA
11.                       SELAMAT HARI RAYA
12.                       PULANG DI HARI RAYA
13.                       DARI JAUH KUPOHON MAAF
14.                       KEPULANGAN YANG KUNANTI
15.                       AIDILFITRI
16.                       BILA TAKBIR BERGEMA
17.                       HARI MULIA
18.                       DENDANG PERANTAU
19.                       SUASANA HARI RAYA
20.                       SUASANA RIANG DI HARI RAYA
21.                       INDAHNYA BERAYA DI DESA
22.                       CAHAYA AIDILFITRI
23.                       MENJELANG HARI RAYA


PILIHAN HARI RAYA VCD
Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah kompilasi VCD khas buat sambutan Syawal kali ini! Dengan menampilkan klip video lagu-lagu raya kegemaran, VCD kali ini memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air!
Berikut adalah klip-klip video yang dimuatkan dalam VCD ini:
1.    SALAM AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH
2.    GURINDAM DI PAGI SYAWAL – JAY JAY
3.    INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ
4.    TANGAN KU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN
5.    LAMBAIAN AIDILFITRI  - JAMAL ABDILLAH & SALEEM
6.    SALAM DUNIA – M NASIR
7.    PENGERTIAN HARI RAYA – HAIL AMIR & UJI RASYID
8.    HARI RAYA BAHAGIA – JAY JAY
9.    KURNIAAN DI HARI RAYA – FEMININ
10. SAMPAIKAN SALAMKU DI HARI RAYA – JAMAL ABDILLAH
11.    BINGKISAN UNTUK PERWIRA – KHADIJAH IBRAHIM
12.     SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN
13.      MARHABAN – AL MIZAN
14.       ALHAMDULILLAH – AL MIZAN
Ceriakan syawal anda dengan PILIHAN HARI RAYA VCD yang boleh didapati pada harga hanya RM20.90!