Saturday, April 14, 2012

Simplysiti memperkenalkan SimplySIti Eau De Parfum


"Sempena ulang tahun yang ke -2 SimplySiti jenama kosmetik yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah menapak satu langkah kehadapan lagi dengan melancarkan SimplySiti Eau De Parfum iaitu kategori terbaru dalam bidang kecantikan yang diceburi oleh jenama tempatan ini. 
Simplysiti memperkenalkan SimplySIti Eau De Parfum, bukan sekadar wangian yang diformulasikan dengan inovasi Betaphroline yang merupakan rahsia untuk lebih harum, menarik dan gembira, SimplySIti Eau De Parfum yang menggabungkan sains dan seni dari Perancis. 
Disamping itu SimplySiti turut melancarkan komersial televisyen terbaru yang turut mempamerkan wajah – wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru Liuniey Natasha.
Turut menjadikan pelancaran wangian ini lebih menarik, SimplySiti turut bergabung bersama David Teo (Metrowealth Pictures) dan Majalah Lisa untuk mencari 3 bakat baru yang bakal berlakon di dalam filem terbaru David Teo. Kempen yang dinamakan SimplySiti Star Search ini turut dilancarkan pada Majlis Perasmian Wangian terbaru SimplySiti ini." Untuk maklumat lanjut sila layari www.simplysiti.com.my dan klik LIKE di facebook SimplySiti atau fanpage David Teo dan MIG online









No comments: