Sunday, September 09, 2012

(SEMASA) Go KL " PERCUMA"

GO KL bertujuan mempertingkatkan mobiliti orang awam memasuki Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) Kuala Lumpur melalui pengangkutan awam yang lebih senang dicapai dan juga untuk mengurangkan jumpah kereta yang memasuki CBD ketika waktu puncak. 
GO KL adalah perkhidmatan bas dalam bandar percuma untuk Kawasan Pusat Perniagaan Kuala Lumpur (CBD) - 5 minit kekerapan semasa waktu puncak, 15 minit kekerapan semasa bukan waktu puncak. Operasi harian bermula dari 6 pagi - 11 malam. 

- 15 bas, 60 orang setiap bas

- Kenderaan Mesra OKU
- Kenderaan dilengkapi Wi-Fi
- Sistem Maklumat Penumpang

Perkhidmatan City Bus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota kerana semua bas
akan membuat hentian di IUTT
  • Empat bakal laluan yang dikenal pasti dalam kawasan KL CBD – laluan melalui kawasan-kawasan tumpuan ramai yang juga saling berhubung dengan mod pengangkutan awam lain.
  • 1. KLCC- Bukit Bintang (7.4km); (Laluan Hijau)
  • 2.Jalan Sultan Muhammad – Bukit Bintang (6.5km); (Laluan Ungu)
  • 3.Titiwangsa – Pasar Seni (10.5km); (Laluan Biru) dan
  • 4.Titiwangsa- Medan Pasar (8.8 km) (Laluan Merah).  
  • Faktor Kejayaan Utama bagi pelaksanaan KL City Bus memerlukan pemboleh (‘enablers’) berikut:
  • Frekuensi Tinggi (kekerapan antara 3- 5 minit). 
  • Laluan khusus untuk bas
  • Penguatkuasaan wajar
  • Penjenamaan semula perkhidmatan
Bas henti-henti lain akan membuat hentian di sekitar pinggiran CBD  (di Terminal Transit Antara Bandar yang ditentukan iaitu Pudu Sentral, Titiwangsa, Pasar Seni dan Munshi Abdullah) dan hanya perkhidmatan KL City Bus dibenarkan dalam kawasan KL CBD.







No comments: