Thursday, December 06, 2007

Lambaian Mekah


"panggilan HAJI..telah tiba lagi..menunaikan ibadat..panggilan Baitullah"- pernah dgr ucapan ayat ini..?







tepat jam 2.30 pagi tadi..ibu tersayang telah memulakan perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA..dan ke tempat suci ini..rombongan jemaah KT72..sekarang dlm perjalanan
ibu saya telah lama menyimpan hasrat ke sana..hasil peninggalan harta pusaka arwah ayahnya (atuk saya)..beliau mengenapkan jumlah kos akaun tabung haji beliau
sanak saudara di kuala lumpur berkumpul di perkarangan Tabung Haji Kelana Jaya sehingga jam 12..cuma agak memenatkan..kerana jemaah KT72 adalah jemaah terakhir yg melapor diri pada hari smlm..agak ke tgh mlm...kesian kpd warga emas yg terpaksa menunggu..sistem pergerakan juga agak kurang sesuai..dulu TH KJ sesuai kerana berdekatan dgn Subang Airport..tetapi skrg pergerakan mrk akan bertindih....KLIA--Kelana Jaya--KLIA ..bagi sy agak memenatkan..mungkin TH boleh menimbangkan..satu kompleks tabung haji yg tidak jauh dr KLIA..tapi ada juga pro n kontra nya..jadi biarla mrk yg bertanggungjawab mencari satu kaedah yg sesuai utk keselesaan para jemaah
kumpulan ibu sy terdiri dr 4 jemaah perempuan dan 1 jemaah lelaki..kira semua ada tali persaudaraan la...sy masih bernasib baik kerana ada kawan rapat yg terlibat secara langsung dlm pergerakan jemaah haji tahun ini, (doc holiday , gua untang lu banyak beb, tq bnyk2 sbb tolong gua smlm)...x smp hati nk tinggalkan ibu sy smlm..disebabkan urusan yg tidak lengkap..atas pertolongan DOC...kumpulan ibu sy di tempatkan di asrama TH utk sementara waktu..mrk perlu pula turun utk mendapatkan kelengkapan terakhir Haji di kaunter hadiah pd pukul 12.30mlm...slps tu mrk akan sekali lagi turun utk melapor diri (chop pasport) pada jam 2.30pagi sblm menaiki bas utk ke KLIA..kesian kan?? maklumla ..kalau warga emas ke hulu ke hilir..lagi2 mrk yg tidak biasa ...kesian juga la...apa2 pun sy tinggalkan ibu sy dgn segala pesanan yg perlu beliau n kumpulan beliau lakukan..sbb nk tunggu smp jam 2.30pagi agak membebankan juga....saudara mara sy jauh dan dekat bergerak pulang lebih awal dr sy...sy pastikan ibu melepasi pintu asrama tabung haji...dan berharap beliau tidak kekok di sana
salam sayang buat ibu..semoga pergi dan balik dgn keadaan sihat dan selamat..dan mendapat haji yg mabrur

No comments: