2008...berita sedih ...kenalan rapat meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di Bukit Tinggi, Pahang...ini kira kenalan kedua sy yg meninggalkan kami pencinta sukan/hobi motosikal berkuasa tinggi..dulu arwah Farouqi..sekarang arwah Dr Bend (Dr Huzi Syahril Othman)..harapan sy ..semoga kawan2 yg lain berhati2 semasa menunggang..semua kententuan di tangan Allah s.w.t....
saya pun dh lama meninggalkan hobi ini..tp harapan dan minat masih ada..cuma sumber kewangan agak terhad...
p/s : semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan di kalangan org beriman
petikan dr akhbar :
Doktor maut motosikal terbabas ketika konvoiBUKIT TINGGI - Seorang pengamal perubatan, Dr Huzi Syahril Othman, 38, meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbabas di KM41 lebih kurang jam 11.15, pagi semalam. Pemilik Klinik Damai Putra di Damansara Putra itu menyertai konvoi sekumpulan 20 penunggang motosikal besar dalam perjalanan dari Awana Genting Highlands menuju ke Taman Arnab, Bukit Tinggi Resort. Menurut ibu mangsa, Jamiah Mohd Said, 63, mangsa merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki. “Pemergian anak saya ini merupakan satu kejutan besar lebih-lebih lagi pada awal tahun baru ini. Dia seorang anak yang baik dan berjiwa lembut sesuai dengan dirinya yang seorang doktor. “Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada Aidiladha yang lalu. Kami semua sempat bersembahyang raya bersama-sama dan pergi berkelah di Hutan Lipur Lentang. Masih terasa baru lagi semua itu berlaku,” jelasnya dengan nada sebak. Menurut Jamiah walaupun tidak berjumpa selepas tempoh tersebut namun dia sempat berbual dengan Allahyarham Ahad lalu ketika anaknya itu ke Singapura.“Anak saya ini selalu menyertai konvoi motosikal berkuasa besar. Seingat saya sejak tahun 2005 dia sudah mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar ini. Tidak sangka pemergiannya pada hari ini (semalam) disebabkan motosikal sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan tanda-tanda ganjil dan saya sebagai ibu tidak merasa apa-apa sebelum kejadian ini berlaku,” katanya.Jamiah juga turut menyatakan anaknya ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga. Seminggu sekali dia akan bertandang ke rumahnya di Kepong untuk mengambil surat-surat yang dialamatkan ke rumah tersebut.Mangsa pernah belajar di Dublin, Ireland dan berpengalaman bekerja di Hospital Selayang sebelum membuka klinik sendiri. Allahyarham Dr. Huzi meninggalkan seorang isteri yang juga pengamal perubatan, Dr Neazlin Taib dan dua orang anak lelaki.Mayat mangsa di telah dibawa ke Hospital Bentong dan jenazah kemudiannya dibawa ke rumah ibunya di Kepong untuk diuruskan oleh keluarganya.Rakan mangsa, Sufian Mohd Zin, 35, ketika ditemui di tempat kejadian berkata Allahyarham menunggang dalam kelajuan biasa tetapi motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas.“Ada salah seorang dari kami yang cuba untuk melakukan rawatan kecemasan terhadap Huzi tetapi gagal untuk menyelamatkannya,” jelasnya.