Monday, January 14, 2008

HAVOC..mlm kedua



mlm kedua...12/1/2008...mlm ni agak ramai...gang klang pn turun...
HAVOC...dlm 4 sessi..sessi terakhir paling memukau...berjaya tarik pengunjung utk headbangging bersama....
sy salute mrk disebabkan mrk berani membawakan lagu yg agak berlainan..ttp komersial value tu ttp kn ada..ekekekkeek
dlm bnyk2 lagu 70an @ 80an yg mrk bawa..satu yg menarik minat saya..TIME AFTER TIME....lagu dia variasikan dgn sentuhan rock...mmg layan....apa2 pun..berusaha lagi
p/s : mlm ni SF main kat RJ (sunday night)....kenangan tu

Sunday, January 13, 2008

HAVOC ..LIVE at RJ



dah org ajak p..p la..walaupun dh ada niat x nak p...p la usha band baru ni....apa yg tak kena ek???
line penyanyi semua muda..dressing..mcm hip hop..??? ummmm
selection song..ini mungkin penyebab...pengunjung membandingkan dgn SF..agak susah..SF lebih kpd genre ROCK...HAVOC pula sedikit berlainan..seakan akan TAKE FIVE...HAVOC mempelbagaikan pilihan music...ada kala mejadi..adakala kurang menyengat...tarik kpd pengunjung agak kurang....komunikasi juga agak kurang...apa2 pun kita tunggu persembahan seterusnya...mungkin boleh menambat hati pengunjung RJ

Ramainyaaaaaa



JCO donut...terdengar kawan berbisik..nk singgah tmpt donut....mak aihhhh ramainyaaa beratur...panjang tuuuuu
sambil beratur ..tgk kt kaunter..meriahhhh donut dia...ambil kesempatan mencuba..beli 3 biji...sedap gak layannnn bnd ni..ekekekekekekekek

Monday, January 07, 2008

SF..lokasi baru


dengar khabar..mereka perform di Beach club..jln p.ramlee...

Kawan Baru..ACER namanya

ini kawan baru kpd ...kawan baik sy...kakak sy punya...nasib baik x basah smlm..maklumla..p jemput dgn motorsikal....sesuai dgn harga nya..x mahal..x murah..sedang2 saja....

Thursday, January 03, 2008

Superfriend Final Night


akhirnya SF menamatkan sessi mereka di RJ...mlm tahun baru...persembahan yg memukau...pengunjung pn ramai..maklum la tahun baru...sy ucapkan syabas kpd ahli kumpulan SF..semoga suksess selalu..semoga murah rezeki pd tahun 2008 ini

Kedukaan di sebalik kemeriahan 2008


2008...berita sedih ...kenalan rapat meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di Bukit Tinggi, Pahang...ini kira kenalan kedua sy yg meninggalkan kami pencinta sukan/hobi motosikal berkuasa tinggi..dulu arwah Farouqi..sekarang arwah Dr Bend (Dr Huzi Syahril Othman)..harapan sy ..semoga kawan2 yg lain berhati2 semasa menunggang..semua kententuan di tangan Allah s.w.t....
saya pun dh lama meninggalkan hobi ini..tp harapan dan minat masih ada..cuma sumber kewangan agak terhad...
p/s : semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan di kalangan org beriman
petikan dr akhbar :
Doktor maut motosikal terbabas ketika konvoiBUKIT TINGGI - Seorang pengamal perubatan, Dr Huzi Syahril Othman, 38, meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbabas di KM41 lebih kurang jam 11.15, pagi semalam. Pemilik Klinik Damai Putra di Damansara Putra itu menyertai konvoi sekumpulan 20 penunggang motosikal besar dalam perjalanan dari Awana Genting Highlands menuju ke Taman Arnab, Bukit Tinggi Resort. Menurut ibu mangsa, Jamiah Mohd Said, 63, mangsa merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki. “Pemergian anak saya ini merupakan satu kejutan besar lebih-lebih lagi pada awal tahun baru ini. Dia seorang anak yang baik dan berjiwa lembut sesuai dengan dirinya yang seorang doktor. “Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada Aidiladha yang lalu. Kami semua sempat bersembahyang raya bersama-sama dan pergi berkelah di Hutan Lipur Lentang. Masih terasa baru lagi semua itu berlaku,” jelasnya dengan nada sebak. Menurut Jamiah walaupun tidak berjumpa selepas tempoh tersebut namun dia sempat berbual dengan Allahyarham Ahad lalu ketika anaknya itu ke Singapura.“Anak saya ini selalu menyertai konvoi motosikal berkuasa besar. Seingat saya sejak tahun 2005 dia sudah mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar ini. Tidak sangka pemergiannya pada hari ini (semalam) disebabkan motosikal sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan tanda-tanda ganjil dan saya sebagai ibu tidak merasa apa-apa sebelum kejadian ini berlaku,” katanya.Jamiah juga turut menyatakan anaknya ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga. Seminggu sekali dia akan bertandang ke rumahnya di Kepong untuk mengambil surat-surat yang dialamatkan ke rumah tersebut.Mangsa pernah belajar di Dublin, Ireland dan berpengalaman bekerja di Hospital Selayang sebelum membuka klinik sendiri. Allahyarham Dr. Huzi meninggalkan seorang isteri yang juga pengamal perubatan, Dr Neazlin Taib dan dua orang anak lelaki.Mayat mangsa di telah dibawa ke Hospital Bentong dan jenazah kemudiannya dibawa ke rumah ibunya di Kepong untuk diuruskan oleh keluarganya.Rakan mangsa, Sufian Mohd Zin, 35, ketika ditemui di tempat kejadian berkata Allahyarham menunggang dalam kelajuan biasa tetapi motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas.“Ada salah seorang dari kami yang cuba untuk melakukan rawatan kecemasan terhadap Huzi tetapi gagal untuk menyelamatkannya,” jelasnya.