Thursday, May 24, 2012

Tablet ’1Malaysia Pad’ Kini Di Pasaran


PUTRAJAYA – MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ’1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
“Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. “Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA

Tuesday, May 22, 2012

(Filem Preview) Aku Ada, Kau Ada ??? ...


SINOPSIS filem Aku Ada..Kau Ada ??

Filem ini mengisahkan tentang Nordin lakonan  Shahizy Sam bertemu semula dgn Tina (Yana Samsudin) setelah 15 tahun berpisah. Mereka berdua mempunyai kisah lama yg kurang mesra yang berlaku di zaman kanak2 mereka. Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan di dalam persembahan berkumpulan kelas teater. Semakin lama bertengkar menyebabkan Tina dan Nordin menyedari mereka sebenarnya mempunyai perasaan suka antara satu sama lain. Adakah mereka berdua berjaya menyatakan perasaan cinta terhadap satu sama lain ?? …saksikan lah nanti pada 24 Mei 2012 (edaran MIG)



ULASAN :
Apabila membaca siaran akhbar mengenai pengarah filem ini..iaitu Rahila Ali..penulis meletakan beliau sebagai seorang yg boleh menghasilkan filem yg baik berdasarkan 15 tahun pengalaman dlm dunia pengarahan. Tapi…… ok berbalik pada filem..
Penulis merasakan pihak pengarah tidak mengeksplorasikan secara total keindahan yg terdapat di negara Korea (pengambaran dibuat di sana dgn sokongan Korea Tourism Organization). Asyik berkisar dlm dewan universiti jer…ekekekekk. Terdapat watak yg tak perlu dlm filem ini sbg contohnya “Prof Rubi “..mana mungkin dlm kuliah universiti sampai ada 2 pensyarah..cukup dgn “Prof  Kus” lakonan Angah Raja Lawak pun dh OK..sebab tak nampak keserasian pun..nk kata lucu pun x lucu gak. Motif pengganti Tina dlm kumpulan teater Nordin…si lelaki yg boleh bersuara lunak disebabkan meminum formula hijau ?? aduhhh dh mcm cite Cinderalela lak…mcm cerita dongeng ni..ekekke. Babak yg paling haru ialah babak HANTU..siap boleh snap gambar Aziz (lakonan Kamal Adli)..babak ini datang tanpa ada apa2 kesenambungan dari plot sebelumnya.. Penulis rasa agak rugi dgn pendedahan lokasi sebegini hebat dgn hanya menunjukan jalan cerita mengenai kumpulan student yg membuat persembahan teater (mcm konsert jer?) dah la bercampur aduk..kata battle of 2 gorup ?..pening kejap. Kenapa tidak digarap sebaik mungkin..masukan elemen2 “Korean Love Story” atau mengenai perpisahan 2 kekasih yg tiba2 bertemu di korea atau sebagainya lah..janji bukan story budak U..yg mana belajar U kat Korea tapi lecturing dlm bahasa Malaysia ? suruh la pelakon korea jadi pensyarah..baru real..(cari yg pandai ckp omputeh la)..apa salahnya guna elemen perkenalan di Malaysia..bertemu semula semasa belajar di Korea..atau pernah berada di Korea..balik ke Malaysia dan kembali ke Korea ?? Elemen pop dance ala2 K-Pop x salah..amat menarik..penulis pun suka..(mcm ala2 cerita Bollywood gitu)..lagu pun best2..terutamanya lagu duet Yana dan Sam.. Part komedi ?? penulis suka time Nordin gaduh dgn Aziz…ekkeekkek …akhir sekali..part zaman kanak2 nordin dan tina masa budak2..pendek sgt..penulis tak dpt tangkap asal usul..sebegitu juga bila Nordin bawa kereta mewah dan Aziz menunggang motosikal mewah …ehh mereka ni anak org kaya ke dlm cerita ni ?? menjadi tanda tanya penulis…ekekkeke..apa2 pun penulis ucap tahniah kepada Rahila Ali dan penerbit Puan Ayu Puteh (Pencil Picture)..semoga ia dpt dibaiki pada filem yg akan dating.  Sekian

P/s : lagu sedap2 wooooo  

gambar masa preview x ada..sbb x bawa kamera..








Monday, May 21, 2012

(Gambar) Formula Drift Asia


(Gambar) Rakaman Konsert Wings utk saluran Astro MUSTIKA HD


seperti biasa la..bila habis konsert Mania akan ada rakaman utk Studio Astro...pd minggu terakhir Mania..kumpulan Wings dijemput utk menjadi tetamunya..khas utk peminat Wings






dapat sagu hati dari wings utk semua krew penerbitan




Selesai sudah tugasan di MANIA


Selama hampir 10 minggu berturut-turut aku sibuk pd setiap hujung minggu bermula slps waktu kerja hari jumaat dan berakhir pd setiap ahad biasanya. Ini merupakan pengalaman pertama aku terlibat dlm produksi Astro secara penuh, biasanya projek utk peringkat event dalam 1 hingga 2 hari shj. Tetapi ini amat berlainan sekali..terlibat secara langsung di belakang tadbir penerbitan. Skop kerja lebih kpd " fan controlling , body guard, safety dan juga tagging seat "...kat sini aku kenal ramai org..dari segolongan atasan smp ke peringkat bawahan..seronok pun ada..penat pun ada...ekekekekek


dapat la barang kenang-kenangan sikit...satu kena bayar..satu lagi pree





Friday, May 18, 2012

Majlis Tayangan Eksklusif : JALAN KEMBALI - Bohsia 2


Sinopsis
 JALAN KEMBALI…  Bohsia 2


Sejarah ‘hitam’ yang pernah tercoret dalam diari hidup Amy sebagai bohsia
akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat.  Dia melangkahkan
kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis terlanjur dalam
mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan
hidup baru.
Berbeza pula dengan nasib Tasya, yang semakin hanyut menjalani kehidupan
sebagai seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting . Ibunya kesal dengan
pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari
lembah yang hina.
Seperti Amy , Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang
dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati
dengan kesedihan ibu Tasya lalu berjanji untuk mengembalikan Tasya ke
pangkuan ibunya. Walau pun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah
namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke Jalan
Kembali….
‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya
dengan Tasya di sisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahat
menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina.
Jika menerusi filem Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam  kisah realiti anak
muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan
Kembali… menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja
songsang di samping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang
sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat.
 Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik
penghijrahan hidup mereka. Bagaimanakah kesudahan hidup Tasya ?
Adakah Keting  akan terus menjerumuskan gadis gadis yang lemah pegangan
agama ?

Jalan Kembali …. Bohsia 2 adalah sebuah filem kritikan social yang bakal membuat generasi muda berfikir persimpangan manakah yang harus mereka lalui….









ulasan penulis : 
seperti biasa genre filem rempit2 mcm kita boleh agak storylinenya, dalam filem ini, watak "Keting" lakonan Sofi Jikan amat menonjol berbanding dgn Syamsul Yusof. Seperti biasa, lakonan anak bujang Datuk Yusof Haslam ini kadangkala nampak "control macho" sikit seperti lakonan2 sebelum ini..ekekek (Sol..jgn mareee arrr)..tetapi kelibat Nabila Huda dan Sofi Jikan amat memberi impak dlm filem ini..begitu juga lakonan "baik" Salina Saibi yg mana beliau mengatakan "amat susah nk berlakon jadi watak baik ni"...jika tidak ada unsur2 lucu dan jenaka mmg tak sah kan dlm filem ?? jadi gabungan 3 pelakon spt Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Kaza menjadi kan filem ini cukup rencah nya. Penulis boleh tabik springgg sama Syamsul Yusof kerana berani menerapkan unsur2 keinsafan dan pengajaran dalam filem ini.Penulis memberikan rating 3.5/5 bintang terhadap karya terbaru Syamsul Yusof ini. Filem ini akan berada di pawangan bermula 7 Jun 2012. Sama2 la kita menyokong industri filem tempatan. Terima Kasih Skop production dan GB kerana sudi menjemput penulis pada sessi ini. sekian terima kasih


























Wednesday, May 16, 2012

Majlis Pra Tonton filem Hoore ! Hoore !


Majlis Pra Tonton filem Hoore ! Hoore ! telah berlangsung dgn jayanya di KLCC pd 15 May 2012. Filem yang menampilkan bintang AF7 Akim dan pendatang baru Nurfarah Nazirah dan Kilafairy ini akan di tayangkan pd 24 May 2012 di seluruh negara. Pada pendapat penulis, filem ini cukup rempahnya walaupun pengakhiran cerita boleh diagak. Jika tgk pada tajuknya, mungkin penonton akan menjangka filem ini membosankan, tetapi pengarah Saw Teong Hin mengarap cerita ini dgn jayanya sambil ia diadunkan dgn koleksi lagu Sudirman serta dibantu dgn para pelakon senior spt Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor , Aznil dan juga Fauziah Nawi. Keberanian pengarah memperjudikan bakat pelakon baru juga amat dipuji. Dengan hati yg ikhlas penulis memberi rating 4/5 bintang utk filem ini. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ia mempunyai elemen2 suka, duka dan kelakar. Terima kasih pihak Astro Shaw kerana sudi menjemput penulis.

Sempena sambutan kempen AKU SUDIRMAN, pihak Astro telah berbesar hati melaksanakan program-program seperti :

  1. Pertandingan Karaoke Hoore Hoore
  2. Program lagu Sudirman 24 jam di Sudirman FM (Sinar FM)
  3. Konsert Terbuka Kenangan Sudirman

Semua maklumat ini boleh didapati dalam:












Monday, May 14, 2012

(Gambar) Super Spontan - 11 May 2012