Sunday, June 24, 2012

( SUKAN) ONE Fighting Championship 2012 - Kuala Lumpur


ONE Fighting Championship is Asia's largest mixed martial arts event. ONE FC features the best Asian fighters and the largest pan-Asian media broadcast to over 28 countries in Asia.

Mixed martial arts (MMA) is the fastest growing sport in the world today. In true Darwinian fashion, the sport of MMA allows for any martial arts style to compete against any martial arts style in the most free of artistic expressions for martial artists. MMA athletes utilize the best techniques from any and all martial arts in order to compete standing up or on the ground.
Whether it is Karate, Muay Thai, Kung Fu, Silat, Jiu-Jitsu, Judo, Kali, Shuai Jiao, Aikido, or other martial arts, Asia has been the birthplace and home of martial arts for the last 5,000 years. Mixed martial arts (MMA) is the most exciting evolution in centuries and is the future of martial arts. It combines the excitement of a prize fight, the athleticism of the Olympics, the tradition of martial arts, and the adrenaline of a rock concert.
ONE Fighting Championship aims to host the most exciting MMA fights in Asia, featuring the top Asian fighters.













Friday, June 22, 2012

( HIBURAN ) Pelancaran Album Baru Kumpulan Hujan "Sang Enemy"


Kumpulan Hujan secara rasminya melancarkan album baru mereka yang bertajuk Sang Enemy di Black Box, Publika, Solaris Dutamas malam tadi.
Kumpulan INDIE  yang paling berpengaruh di Malaysia ini memberikan kelainan dalam album ini dimana SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak “berat” daripada kebiasaannya.
Dianggotai Noh Salleh (vokalis, pemain gitar), Hang Dimas (pemain keyboard), Hezry Hafidz "AG Coco" (gitar utama), Izzat Huzaini (gitar bass) dan Azham Ahmad (pemain drum), album Sang Enemy merupakan album keempat kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Antara lagu yang dimuatkan termasuk Janji Kita yang turut menampilkan penyanyi wanita popular tanahair, Yuna yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Turut dimuatkan adalah Ke Selatan, Mana Mungkin, Rumah Kita, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, Kembara dan DBS.

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album ini :
1.     OVERTURE
2.     JANJI KITA feat Jerry Kamit & Yuna
3.     RUMAH KITA
4.     MANA MUNGKIN feat Joe The Padangs
5.     KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR
6.     DBS
7.     KE SELATAN feat DJ Souljah , DJ12, Wise & Tarantula (Urbanclise, Teriyaki Boyz, Spontania)
     8. KEMBARA
















( PROMO ) Miss Wilayah Kebaya 2012 Semi Final


Miss Malaysia Kebaya cordially invites you or your representative to our Miss Wilayah Kebaya Semi Final 2012.

The details are as follows:

Date: Saturday , 23rd June 2012
Time: 2.00pm 
Venue: Gallery, 1 Malaysia Culture Village, KL Tower

Thursday, June 21, 2012

( PROMO ) Soft Opening Ramadhan Menu : Restoran Rebung


RESTORAN Rebung di Bangsar Park, Kuala Lumpur yang dikongsi oleh selebriti Chef Ismail Ahmad bersama angkasawan pertama negara – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha Shukor.
Restoran yang dibuka sejak 5 April 2004 itu dikunjungi oleh pelbagai bangsa rakyat Malaysia dan pelancong – pelancong dari seluruh dunia.
Sejak ia dibuka tahun 2004 hingga sekarang sudah berjuta orang datang makan dan minum di Restoran Rebung termasuklah VIP dari menteri-menteri kabinet, Kerabat Diraja dan ahli perniagaan.
Semalam, 20 Jun 2012, berlangsungnya satu acara bersama media sempena pelancaran promosi menu utk bulan Ramadhan serta pembukaan “Rebung Wedding House” . Menu yg menarik sempena bulan Ramadhan nanti adalah pada harga RM65  untuk dewasa serta RM43 utk kanak2 antara 5 – 11 tahun. Pilihan juadah berbuka adalah hidangan berasaskan kampung. Pihak Restoran Rebung juga memperkenalkan barisan jualan biskut raya dengan harga yang berpatutan.
Pembukaan “Rebung Wedding House” pula memulakan era baru bagi pihak restoran bagi mengembangkan lagi kepelbagaian  perkhidmatan Restoran Rebung bagi memuaskan kehendak pelanggan terutamanya yg memerlukan perkhidmatan lengkap bagi majlis perkahwinan mereka.

















Restoran Rebung di alamat : No. 42, Lorong Maarof (belakkang Dataran Maybank), Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dari 3petang hingga 11 malam.

Tempahan boleh dibuat menerusi telefon :
03-2283 2119 atau 03 – 2282 4776.
Laman web : www.rebung.com.my
Emel : enquiry@rebung.com .my
Restoran ini juga menerima tempahan untuk catering majlis-majlis kahwin, hari jadi dan kelas masakan. Ia dimiliki oleh Food Parcel Sdn. Bhd.



Wednesday, June 20, 2012

(HIBURAN) Pra Tonton Filem : Mael Lambong


Filem Mael Lambung arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan filem komedi yang bakal ditayangkan dipawagam pada 21 Jun 2012 nanti.
Filem terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, membariskan beberapa orang pelakon utama seperti Zizan Razak, Juliana Evans, Taiyudin Bakar (Tai), Shenthy Feliziana dan lain-lain.



SINOPSIS 
Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?










ULASAN :

secara peribadi penulis amat seronok menonton filem ini, begitu juga dgn pihak media lain , VIP serta tetamu2 jemputan yg lain, walaupun jalan ceritanya agak biasa ttp aksi dan telatah lucu Zizan sbg Mael Lambong sungguh menghiburkan. Penulis memberi 3/5 bintang kepada filem ini. Terima kasih penulis ucapakan kepada pihak Excellent Pictures kerana sudi menjemput penulis ke tayangan ini , tidak lupa juga kpd pihak kelab peminat TaiBloods (Taiyudin Bakar) kerana membantu penulis mendapatkan kudapan dan minuman pd malam tersebut, terima kasih, sekian.

TRAILER FILEM :




Tuesday, June 19, 2012

(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN ALBUM JINBARA


MAJLIS PELANCARAN ALBUM JINBARA - KOLABORASI MENTAL

(HIBURAN) LISTENING PARTY KUMPULAN HUJAN


MARI MERIAHKAN LISTENING PARTY HUJAN !!
Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJANtampil dengan sebuah album baru yang sangat berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia merangkap JUARA bagi program Versus TV9 yang menghimpunkan artis dan band ternama industri tanahair, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini LONELY SOLDIER BOY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada, SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak ‘berat’ daripada kebiasaan, menjanjikan sesuatu yang berbeza, khusus buat peminat muzik tanah air!
Dalam usaha mempromosi album baru HUJAN, hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan HOT FM, TV9, PUBLIKA juga MORNING ROCKET, sebuah majlis diadakan khas bagi memperdengarkan lagu-lagu daripada album ini dianjurkan. Dengan diberi nama LISTENING PARTY HUJAN, majlis ini akan dihadiri oleh para media dan para peminat bertuah yang terpilih.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh turut memeriahkan majlis ini dengan membeli CD SANG ENEMY yang akan dijual di lokasi majlis. Gerai menjual CD ini akan dibuka mulai jam 7 petang.

KHAS BUAT PARA PEMINAT HUJAN, MARI BERSAMA MEMERIAHKAN PARTY INI!!!
Bagi anda yang ingin mengabadikan RUMAH KITA sebagai nada dering, anda boleh turuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*266775# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*160608# dan tekan call/send, ataupun dengan melayarihttp://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0161304 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayarihttp://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*379756# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.


Pra-Tonton Filem : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)


SINOPSIS :

Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari 'soulmate'. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang 'Meet Soulmate'. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.



TRAILER HACKS :


ULASAN :

penulis memberikan 3.5/5 bintang kepada filem ini, jalan cerita yang ringan dan kadangkala melucukan, cuma ada satu atau dua babak yg agak "seksis" untuk dipertontonkan kepada umum, tetapi secara keseluruhannya filem ini mempunyai ramuan yg seimbang, apa yang penting mesej filem ini adalah mengenai pengorbanan, itu sesuatu yg amat sesuai untuk disajikan kepada golongan masyarakat, filem ini akan berada di panggung wayang berdekatan anda pada 21 Jun 2012, sekian