Majlis Doa Selamat kumpulan Hujan di Restoran Rebung, Bangsar, KL sempena kejayaan mereka menjuarai pertandingan hiburan "Versus" di TV9
gambar, makanan dan hiburan - aku sukaaaaaa
Sunday, June 17, 2012
Thursday, June 14, 2012
(Filem) Majlis Pra-Tonton Filem "Aku, Kau & Dia"
Sinopsis
Filem :
Filem ini
mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya
Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah
tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan
koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam
kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cubauntuk
mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan.
Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami
kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di
sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan
tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan
Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup
Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru
Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?
Barisan Pelakon :
Sharifah
Zarinatasha
Remy Ishak,
Pekin Ibrahim
Marissa Yasmin
Harun Salim Bachik
Hariss Idola Kecil
3
Nash
Amerul Afendi
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Delynne Hashim
Ulasan :
Filem ini boleh dikategorikan sbg filem yg agak berat tetapi mempunyai jalan cerita yg teratur, ditambah pula dgn sedikit sebanyak babak komedi menjadikan ia sesuatu yang menghiburkan penulis. Lakonan kali pertama "heroin" baru juga tidak menghampakan kerana beliau mempunya karektor yg cukup menarik. Filem ini bakal ditayangkan di panggung pada 28 June 2012. Marilah kita memertabatkan industri filem tanah air, sekian.
Sunday, June 10, 2012
(Sukan) The Autobacs SUPER GT - Round 3 - Malaysia
Tamat sudah perlumbaan Super GT Japan 2012. MALAYSIA sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi hos perlumbaan kereta Super GT Jepun 2012. Mengikut kalendar Super GT Jepun 2012, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menjadi hos perlumbaan tersebut, manakala tujuh lagi pusingan diadakan di negara Matahari Terbit itu.
Keputusan Perlumbaan :
Gambar :
Antara Tarikan Perlumbaan - GT Queen :
Thursday, June 07, 2012
(EVENT) #TwtUpKami Perjumpaan Twitter Terbesar di Malaysia - 9 Jun 2012
#TwtUp bermaksud “Twitter Meet-Up” yang merupakan sejenis gathering antara pengguna twitter di seluruh dunia.
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Date : June 9 2012
Time : 9 AM -> 7 PM
Admission : FREE!
Line up -
Estranged
Bunkface
Noh Hujan
OAG
Oh Chentaku
Andy Flop Poppy
Kyoto Protocol
Acid Hadi
Daiyan Trisha
Ain Zulkifly
Azreel Azhar
Karmal
Rosevelt
Ramona Azween
Faliq Fahmie
Wednesday, June 06, 2012
Satay Kambing Indonesia (Bandar Utama)
Minggu lepas saya menghala ke eCurve Damansara, jadi teringat pasal cerita teman2 tentang satay kambing kedai indonesia di kawasan Bandar Utama, belakang bangunan TV3 Sri Pentas. Penulis pun pergi la mencuba hidangan ini, apa yg penulis boleh simpulkan kan..sataynya mcm rasa satay tempatan dgn perapan rempah dan manis. Tak seperti satay kambing kat Kg Pandan yg mmg kosong tanpa perapan dibakar mentah2. Kuah satay BU ini mcm kuah biasa cuma pekat dan mcm dicampur tepung sbb ia likat, rasanya ada kelat2 sikit dan disertakan dgn sambal (rujuk gambar bawah)
Nasi himpit nya dipanggil LONTONG (kalau x silap) dibungkus dgn daun pisang dan berwarna sedikit kehijauan. Rasa macam nasi himpit biasa cuma bentuk jer berbeza (rujuk gambar bawah)
Macam mana hendak ke sana?
- Masuk simpang sebelum Sri Pentas TV3
- Terus, nampak stesen minyak sblh kiri dan masuk kiri.
- Terus sehingga nampak Pelangi Kondo.
- Terus slps barisan rumah kedai, anda akan melihat kedai kayu sebelah kiri dlm jarak 50 meter
Harga Makanan :
satay kambing - RM0.70
satay ayam dan daging - RM0.60
Tuesday, June 05, 2012
(Pra Tonton) Filem : X Janda-jandaku Gangster
Sinopsis -
X Janda-jandaku Gangster.
5 bekas isteri, 1 cinta sejati. Ada berani?
Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang
dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah
sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang
berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada
mereka menjadikan hidup Hafiz gembira.
Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak
bagaimana Hafiz dan ‘isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ‘hubungan’
mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan
menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz
mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh.
Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang
suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia
rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa
sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga.
Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang
wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang
sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang
rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang
suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie.
Hafiz menemui isteri keempat di kawasan
litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang
tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status
itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan
selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz
bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak
daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz
tak tahan dan terus angkat kaki.
Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam
satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin
terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang
peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali.
Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga,
tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam
diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz
percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya.
Setahun berlalu semenjak
Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk
melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan
berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas
perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz
bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju
untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya.
Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah
bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru.
Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz.
Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?
Ulasan :
cerita seronok utk ditonton.. 3.5/5 Bintang diberi...
kredit foto :
1) MIG Facebook
2) Farish Ayub Photography
Ulasan :
cerita seronok utk ditonton.. 3.5/5 Bintang diberi...
kredit foto :
1) MIG Facebook
2) Farish Ayub Photography
Monday, June 04, 2012
Konsert Kenangan Sudirman 2012
Saya mulakan bulan Jun ini dgn aktvt saya yg biasa..TAC Team....kali ini TAC team sy bertugas di Konsert Kenangan Sudirman yg berlangsung dgn jayanya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur...ramai artis yg hadir antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Datuk AC Mizal, Datuk Khatijah Ibrahim, Azlan & The Typewritter, Jacyln Victor, Hazam, Hafiz AF, Adira, Alyah, Misha Omar, Rahim Maarof, OSBON, Altimate, Hujan dan ramai lagi, saya berkongsikan sebahagian dari gambar2 masa konsert tersebut....
Subscribe to:
Posts (Atom)














