Wednesday, March 28, 2012

Khairy Jamaludin Di Lantik Pengerusi Baru PUNB

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru, berkuat kuasa 1 April. 

"Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 8 Mac tahun ini," menurut PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. 

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini selepas berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998. 

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA



Tuesday, March 27, 2012

Malaysia Freestyler Motorcross Xtreme Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012


Eigo Sato

Malaysia Freestyle Motorcross Xtreme 2012 atau MFMX2012 akan menjadi salah satu acara dalam Hari Belia Negara-Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang bakal berlangsung pada 23-27 Mei ini.

MFMX2012 sebenarnya merupakan sukan ekstrem yang menggabungkan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. MFMX2012 dikategorikan sebagai sukan permotoran lasak sangat popular dan begitu diminati di negara luar seperti di Amerika Syarikat dan Jepun.

Buat julung kalinya juga, MBM secara eksklusif membawa sekumpulan penunggang handalan dari Jepun yang diketuai oleh penunggang MFMX2012 terbaik dunia, EIGO SATO untuk mempamerkan aksi pada himpunan itu nanti.

gambar : google

Monday, March 26, 2012

YB Yazid Burger (burger gergasi) - Seksyen 7, Shah Alam


Malas nk tunggu hujung minggu..hari ni 26 Mac ..aku layan p shah alam…nk usha burger YB atau burger gergasi…lps kerja aku terus rempit ke seksyen 7…aku ikut arahan dalam blog YB…smp la aku ke satu kedai burger bergerak…ummmmm ..lain dari aku tgk FB atau blog YB ?? tapi papan iklan sama…aku berhenti situ… arahan di bawah :
1. Dari Lebuhraya Persekutuan(Federal Highway) -

Ambil simpang ke Padang Jawa/Uitm, selepas lampu isyarat ke-3,

buat pusingan-U. Masuk ke simpang sebelah kiri menuju ke

Surau Al-Islah. YazidBURGER terletak di kanan anda.


gerai van bergerak
menu di van


Aku layan gak la…janji YB..aku tgk menu dan order HOMEMADE burger berperisa BBQ dan Cendawan (cadangan brother yg jual ni)…berat patty ini ialah yg 100gm…sambil tunggu..sambil layan sembang..tanya sejarah dan lokasi 1 lagi kedai.. cara aku test burger hanyalah dgn patty/daging shj..tanpa roti..order smp..aku layan…2-2  perisa ni sedap..tekak aku boleh terima..

Patty Cendawan dan BBQ

dh habis aku nk gerak…bila Tanya harga..baru kena RM6 termasuk air minum..murah tu..aku ckp..apa lagi ada..?? aku try Blackpaper lak…ekekekek…
Order smp..aku mkn..lupa nk snap gambar..dh separuh mkn baru aku snap gambar..ekekk…
Patty BlackPaper

blackpaper ada sikit2 pedas la…abis aku minta diri..aku ckp kat brother tu..aku nk rasa perisa SATAY..dia ckp cuba pergi ke Anjung 7…aku ckp..aku try la pergi…alang2 dh mai Shah Alam..ada bungkus..x ada aku balik..baik punya cilok dlm taman perumahan aku jumpa juga Anjung 7…ahahhah..hari bertuah aku..patty SATAY ada..last 3 keping..aku tgk ada kakak tu dh bungkus burger gergasi..pre order..just dtg ambik jer..ekekkek…masa aku sampai...dh 3 burger gergasi terjual....dia kata LAKU sangat…nk rasa elok EMAIL atau CALL dulu utk order.

last 3 patty Satay

menu kat anjung 7

kedai di anjung 7

patty perasa SATAY

Nak tau kat mana Anjung 7 ?? lokasi nya di blkg stesen minyak SHELL seksyen 7..sebelah UNISEL kampus Shah Alam…berdekatan dgn Mee KETAM Sek 7 dan juga Nasi Arab …
Info dari blog :
Lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7.
 Kedai baru kami terletak di belakang Universiti Selangor ( unisel ).
Waktu operasi bermula dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam
Berjaya tapau patty SATAY….ekekkekeke
Aku suka perisa BBQ, CENDAWAN dan SATAY..BLACKPAPER lak sedikit pedas (aku rasa la..sbb aku x suka makan pedas…hik hik hik)

Segala informasi..sila rujuk :
EMAIL : yazidburger@gmail.com
Sila hubungi en abu di talian 016-2303898.

sample burger gergasi-dari FB yazid burger





Friday, March 23, 2012

PM lancar pakej pelancongan bermotosikal promosi Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan pakej pelancongan bermotosikal “Five-Mountain Motorcycle Tour” untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang unik untuk kembara motosikal.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa pakej itu akan mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar motosikal warga asing kerana ia menawarkan laluan-laluan dengan pemandangan indah, persekitaran pengembaraan menakjubkan dan cuaca cerah dan nyaman di negara ini.

"Pada hemat saya pakej pelancongan ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pengembara motosikal yang paling unggul di rantau ini.

"Tentu sekali mengambil kira Malaysia ini merupakan bumi bertuah yang dianugerahi dengan segala keindahan alam semulajadi, maka sudah tentu apabila kita kembara seperti ini, kita akan dapat banyak pengalaman manis seperti perjalanan ke Genting Highlands, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Bukit Larut dan Gunung Jerai,” katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah bintang program Amerika Chopper, Discovery Channel, Paul Teutul Sr.

Pakej pelancongan itu, usaha sama antara World Tour Rider dan beberapa agensi yang menawarkan pelancongan kembara motosikal, menawarkan lima pakej pelancongan motosikal antara lima hingga 12 hari, untuk mempromosikan pemandangan indah di kawasan pergunungan di Malaysia dan destinasi pelancongan menarik yang lain. – BERNAMA

Unveiling 1 Malaysia Chopper


Today, Paul Senior of Orange County Chopper will be unveiling the 1 Malaysia Chopper. A custom made chopper specially designed for 1 Malaysia brand at PWTC.

The admission will be free and the Prime Minister is set to be there too for the launch of the 1 Malaysia Chopper. The event will kick off at 3pm with the highlights being the unveiling of the 1 Malaysia chopper custom made by the famous AMERICAN CHOPPER TEAM based in Orange County, New York. See u there





Thursday, March 22, 2012

Permulaan baru Blog dan Fan Page serta FB

Assalamualaikum buat semua
dah lama aku x update blog ni..2-3 hari ni aku dok layan cara nk masukkan iklan NUFFNANG..

aku juga kemaskinikan fan page photografi aku supaya tak serabut sangat....senang org tengok, harap2 lepas ni boleh berkembang maju dalam blogging dan photografi ni....terima kasih

Monday, January 14, 2008

HAVOC..mlm kedua



mlm kedua...12/1/2008...mlm ni agak ramai...gang klang pn turun...
HAVOC...dlm 4 sessi..sessi terakhir paling memukau...berjaya tarik pengunjung utk headbangging bersama....
sy salute mrk disebabkan mrk berani membawakan lagu yg agak berlainan..ttp komersial value tu ttp kn ada..ekekekkeek
dlm bnyk2 lagu 70an @ 80an yg mrk bawa..satu yg menarik minat saya..TIME AFTER TIME....lagu dia variasikan dgn sentuhan rock...mmg layan....apa2 pun..berusaha lagi
p/s : mlm ni SF main kat RJ (sunday night)....kenangan tu

Sunday, January 13, 2008

HAVOC ..LIVE at RJ



dah org ajak p..p la..walaupun dh ada niat x nak p...p la usha band baru ni....apa yg tak kena ek???
line penyanyi semua muda..dressing..mcm hip hop..??? ummmm
selection song..ini mungkin penyebab...pengunjung membandingkan dgn SF..agak susah..SF lebih kpd genre ROCK...HAVOC pula sedikit berlainan..seakan akan TAKE FIVE...HAVOC mempelbagaikan pilihan music...ada kala mejadi..adakala kurang menyengat...tarik kpd pengunjung agak kurang....komunikasi juga agak kurang...apa2 pun kita tunggu persembahan seterusnya...mungkin boleh menambat hati pengunjung RJ

Ramainyaaaaaa



JCO donut...terdengar kawan berbisik..nk singgah tmpt donut....mak aihhhh ramainyaaa beratur...panjang tuuuuu
sambil beratur ..tgk kt kaunter..meriahhhh donut dia...ambil kesempatan mencuba..beli 3 biji...sedap gak layannnn bnd ni..ekekekekekekekek

Monday, January 07, 2008

SF..lokasi baru


dengar khabar..mereka perform di Beach club..jln p.ramlee...

Kawan Baru..ACER namanya

ini kawan baru kpd ...kawan baik sy...kakak sy punya...nasib baik x basah smlm..maklumla..p jemput dgn motorsikal....sesuai dgn harga nya..x mahal..x murah..sedang2 saja....

Thursday, January 03, 2008

Superfriend Final Night


akhirnya SF menamatkan sessi mereka di RJ...mlm tahun baru...persembahan yg memukau...pengunjung pn ramai..maklum la tahun baru...sy ucapkan syabas kpd ahli kumpulan SF..semoga suksess selalu..semoga murah rezeki pd tahun 2008 ini

Kedukaan di sebalik kemeriahan 2008


2008...berita sedih ...kenalan rapat meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di Bukit Tinggi, Pahang...ini kira kenalan kedua sy yg meninggalkan kami pencinta sukan/hobi motosikal berkuasa tinggi..dulu arwah Farouqi..sekarang arwah Dr Bend (Dr Huzi Syahril Othman)..harapan sy ..semoga kawan2 yg lain berhati2 semasa menunggang..semua kententuan di tangan Allah s.w.t....
saya pun dh lama meninggalkan hobi ini..tp harapan dan minat masih ada..cuma sumber kewangan agak terhad...
p/s : semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan di kalangan org beriman
petikan dr akhbar :
Doktor maut motosikal terbabas ketika konvoiBUKIT TINGGI - Seorang pengamal perubatan, Dr Huzi Syahril Othman, 38, meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbabas di KM41 lebih kurang jam 11.15, pagi semalam. Pemilik Klinik Damai Putra di Damansara Putra itu menyertai konvoi sekumpulan 20 penunggang motosikal besar dalam perjalanan dari Awana Genting Highlands menuju ke Taman Arnab, Bukit Tinggi Resort. Menurut ibu mangsa, Jamiah Mohd Said, 63, mangsa merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki. “Pemergian anak saya ini merupakan satu kejutan besar lebih-lebih lagi pada awal tahun baru ini. Dia seorang anak yang baik dan berjiwa lembut sesuai dengan dirinya yang seorang doktor. “Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada Aidiladha yang lalu. Kami semua sempat bersembahyang raya bersama-sama dan pergi berkelah di Hutan Lipur Lentang. Masih terasa baru lagi semua itu berlaku,” jelasnya dengan nada sebak. Menurut Jamiah walaupun tidak berjumpa selepas tempoh tersebut namun dia sempat berbual dengan Allahyarham Ahad lalu ketika anaknya itu ke Singapura.“Anak saya ini selalu menyertai konvoi motosikal berkuasa besar. Seingat saya sejak tahun 2005 dia sudah mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar ini. Tidak sangka pemergiannya pada hari ini (semalam) disebabkan motosikal sedangkan sebelum ini dia tidak menunjukkan tanda-tanda ganjil dan saya sebagai ibu tidak merasa apa-apa sebelum kejadian ini berlaku,” katanya.Jamiah juga turut menyatakan anaknya ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga. Seminggu sekali dia akan bertandang ke rumahnya di Kepong untuk mengambil surat-surat yang dialamatkan ke rumah tersebut.Mangsa pernah belajar di Dublin, Ireland dan berpengalaman bekerja di Hospital Selayang sebelum membuka klinik sendiri. Allahyarham Dr. Huzi meninggalkan seorang isteri yang juga pengamal perubatan, Dr Neazlin Taib dan dua orang anak lelaki.Mayat mangsa di telah dibawa ke Hospital Bentong dan jenazah kemudiannya dibawa ke rumah ibunya di Kepong untuk diuruskan oleh keluarganya.Rakan mangsa, Sufian Mohd Zin, 35, ketika ditemui di tempat kejadian berkata Allahyarham menunggang dalam kelajuan biasa tetapi motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas.“Ada salah seorang dari kami yang cuba untuk melakukan rawatan kecemasan terhadap Huzi tetapi gagal untuk menyelamatkannya,” jelasnya.

Monday, December 31, 2007

Selamat Datang 2008, Selamat Tinggal 2007


mlm ni kemuncak tahun 2007..berakhirnya tahun 2007..hari ni banyak jugak company yg berkerja separuh hari....2007 bnyk kenangan indah dan pahit..yg indah kita kenang..yg pahit kita lupakan ..dan jadikan pengajaran....apa hajat tahun 2008??? ummmm x ada apa...cuma mengharapkan akan ada bnd yg lebih baik dr tahun 2007....mlm ni apa bikin?? ntahhh laaa..rasa nk dok umah pn ada..dah ada yg mengajak ke RJ..dengar khabar damage agak lebih sedikit sempena tahun baru ni..tengok la.....tgk bunga api pn mcm menarik..ekekekekke
kepada semua....Selamat Tahun Baru 2008....semoga tahun baru menjanjikan perubahan baru dan kesempurnaan yg baru untuk semua

Friday, December 28, 2007

Pavilion Bukit Bintang


kali pertama masuk...live dr Pavilion BB
luas..besar..kebanyakkannya butik terkenal menghuni ruangan Pavilion ini...
pening pn ada....berpusing - pusing

Wednesday, December 26, 2007

Kawan Baru Ku


ekekkkekek..dia datang....Tiong Nam hantar..kesian bro tu..terpaksa naik tingkat 4...kawan baru ini dijana dgn SEMPRO..dan Vista.....

Sunday, December 23, 2007

Sedappppnyaaaaa


wahhh..sedap tu...dah lama plan nk rasa..akhirnya dpt rasa gak..org belanja pulak tu...johny steambot at BTS.....
smlm p RJ...syok tgk performance SF

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

dengan rendah diri..sy mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
semoga pengorbanan anda diterima oleh ALLAH S.W.T

Wednesday, December 19, 2007

Hari - hari menyeksakan


14/12/2007 - kali pertama dlm sejarah..p kenduri waktu malam..bertempat di wisma OCM...kawan sekolah lama berkerja di labuan berkahwin dgn org labuan...meriah..tp temanya agak pelik..HINDUSTAN (patut la sesetengah tetamu yg dtg pakai sari..ekekekkeke.....jam 11+++ terus bergerak ke RJ..saja nk p layan muka CT kejap..tp x boleh lama sbb esok pagi2 nk kena pergi seminar kat MECC (Matrade) pada 15/12/2007...perhh makan FREE lagi...pd tgh harinya jam 12.30++ bergerak ke cyberjaya..berdekataan dgn MMU...kenduri kawin seorang lagi kawan....ex student MMU...balik mcm biasa...tepat jam 11++ mlm..MALAPETAKA berlaku...badan mula lemah dan panas..perut sakit..kepala pening..dushhhhhhhh (cobaannnn..faham2 je la)....16/12/2007 - sehari suntuk x keluar umah, tumbang terus...x bangun...17/12/2007 - bangun pagi2..p klinik panel..ingat boleh dpt MC..sekaliiiii x dapat..aduiii ubat punya la kasi banyak..x bagi MC (hari ini dlm sejarah, x dpt MC)...terpaksa bergegas ke pejabat dlm keadaan pening semata-mata utk apply cuti.. x larat...perut pn sakit..dah la 2 mlm x dpt nk tido dgn selesa..abis sakit seluruh badan...
p/s : selamat pengantin baru kpd Hafiz n Norita serta Izwan n edora..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..x lupa juga kpd CT..comeiii la mlm tu....ekekekekek

Wednesday, December 12, 2007

Cuti..sebab malas



hari jumaat 7/12/2007...mula2 lepak Steven Corner PI...dok kejap je dpt sms dr kawan ajak p RJ...apa lagi?? balik le umah...mcm biasa RJ..band SuperFriend main..x dpt tgk CT sbb terlindung..lagipun mlm tu ada bola jadi fokus kat bola tetapi telinga dengar music band.
sabtu n ahad..masa bnyk habis kat PC fair...berpusing smp lenguh kaki...hahahhahaahha

hari Isnin (10/12/2007) ..saja ambil cuti..sebab cuti masih bnyk..cuma 1/3 yg boleh di bawa ke tahun 2008....pagi basuh semua baju yg warna hitam sbb ia dh mula berdebu..ada dekat 15 helai baju hitam kesemuanya..belah petang..kawan ajak lepak StarBuck kat MV...punya la bingit telinga sebab ada kerja ubah suai utk The Gardens...hari tu 1st time masuk TG...sunyi je..tp bnyk butik yg gah namanya......

Saturday, December 08, 2007

Mengantuknyaaa


smlm..ada TT CW kat NZ..dgn hujan lebat nya..lps tu p tgk kawan2 main bowling kat pyramid...lps tu proceed ke Rest Kari Kepala Ikan Kg Pandan, jln yap kwan seng..terjumpa lak drummer superfriends








Friday, December 07, 2007

Tak Larat

semalam dpt sms n call..ajak p RUM..bila dh mata kuyu ni mmg cukup malas
mlm terlelap..sambil tunggu tuan rumah nk ambil sewa..x balas sms pun..mana dia pergi..terjaga jam 1.30pagi..spinn basuhan dan tidur balik






Thursday, December 06, 2007

Lambaian Mekah


"panggilan HAJI..telah tiba lagi..menunaikan ibadat..panggilan Baitullah"- pernah dgr ucapan ayat ini..?







tepat jam 2.30 pagi tadi..ibu tersayang telah memulakan perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA..dan ke tempat suci ini..rombongan jemaah KT72..sekarang dlm perjalanan
ibu saya telah lama menyimpan hasrat ke sana..hasil peninggalan harta pusaka arwah ayahnya (atuk saya)..beliau mengenapkan jumlah kos akaun tabung haji beliau
sanak saudara di kuala lumpur berkumpul di perkarangan Tabung Haji Kelana Jaya sehingga jam 12..cuma agak memenatkan..kerana jemaah KT72 adalah jemaah terakhir yg melapor diri pada hari smlm..agak ke tgh mlm...kesian kpd warga emas yg terpaksa menunggu..sistem pergerakan juga agak kurang sesuai..dulu TH KJ sesuai kerana berdekatan dgn Subang Airport..tetapi skrg pergerakan mrk akan bertindih....KLIA--Kelana Jaya--KLIA ..bagi sy agak memenatkan..mungkin TH boleh menimbangkan..satu kompleks tabung haji yg tidak jauh dr KLIA..tapi ada juga pro n kontra nya..jadi biarla mrk yg bertanggungjawab mencari satu kaedah yg sesuai utk keselesaan para jemaah
kumpulan ibu sy terdiri dr 4 jemaah perempuan dan 1 jemaah lelaki..kira semua ada tali persaudaraan la...sy masih bernasib baik kerana ada kawan rapat yg terlibat secara langsung dlm pergerakan jemaah haji tahun ini, (doc holiday , gua untang lu banyak beb, tq bnyk2 sbb tolong gua smlm)...x smp hati nk tinggalkan ibu sy smlm..disebabkan urusan yg tidak lengkap..atas pertolongan DOC...kumpulan ibu sy di tempatkan di asrama TH utk sementara waktu..mrk perlu pula turun utk mendapatkan kelengkapan terakhir Haji di kaunter hadiah pd pukul 12.30mlm...slps tu mrk akan sekali lagi turun utk melapor diri (chop pasport) pada jam 2.30pagi sblm menaiki bas utk ke KLIA..kesian kan?? maklumla ..kalau warga emas ke hulu ke hilir..lagi2 mrk yg tidak biasa ...kesian juga la...apa2 pun sy tinggalkan ibu sy dgn segala pesanan yg perlu beliau n kumpulan beliau lakukan..sbb nk tunggu smp jam 2.30pagi agak membebankan juga....saudara mara sy jauh dan dekat bergerak pulang lebih awal dr sy...sy pastikan ibu melepasi pintu asrama tabung haji...dan berharap beliau tidak kekok di sana
salam sayang buat ibu..semoga pergi dan balik dgn keadaan sihat dan selamat..dan mendapat haji yg mabrur

Wednesday, December 05, 2007

Lawak Spontan

gambar : aksi tampanan oleh pemain goalball WIRA (pasukan Malaysia ke Sukan SEA Korat 2008 - utk OKU)

situasi 1 :
lawak spontan semasa pertandingan, berlaku pada sessi latihan bebas antara
OKU A dan OKU B (2-2 hilang daya penglihatan)
OKU A membaling bola kpd OKU B....
OKU B : " eihhhh knp ko baling bola jauh sangaattttt? "
OKU A : " sorry la bang...sy x nmpk "

situasi 2 :
satu barisan OKU berjalan berturutan....tiba-tiba salah seorang OKU terlanggar kerusi
OKU : "laaaa..dah la b***..langgar kerusi lak" (spontan)

situasi 3 :
2 sukarelawan sedang mencuba permainan warga istimewa ni
sukarelawan A membaling bola kpd sukarewlawan B..tetapi bola tidak masuk ke pintu gol
salah seorang OKU pun menjerit dari jauh
OKU : " apaaaa laaaa x masuk gol....org celik pn x boleh masukkan bola ke?" (mana dia tau kami test main bola..dan mana dia tau bola tu x masuk..sedangkan mata mrk x nampak?? )
ekekekekekk...semua tu anugerah tuhan yg Maha Esa

Tuesday, December 04, 2007

Rindunyaaaa

tengok hutan..teringat RJ..2 minggu x p..terasa rindu pun ada..bukan apa..lama x tengok muka org tu...agak2 mcm mana dia skrg..masih Ok mcm dulu..atau makin kurang sengat dia..well x leh nk ckp..sbb dh lama x p..hari sabtu malam ahad..ada gang p sana..mrk enjoy dgn prestasi dia ni dgn kawan2 dia..anyway..tgk dan lihat la..mana tau minggu ni ada plan nk ke sana

GOAL BALL - Persatuan bagi Org Buta Malaysia (MAB)

salam pada semua..penat x hilang..dr jumaat + sabtu + ahad..berkampung di Stadium Juara, Bukit Kiara...dan minggu ni kami masih bercuti dari RJ

gambar kiri : mlm jumaat..mesyuarat teknikal diadakan di antara..pengadil, pegawai teknikal,pembantu teknikal, pengurus pasukan dan seketariat MAB



gambar kanan : mlm jumaat...bergerak ke Stadium Juara , Bukit Kiara..jam 11.30 mlm memulakan kerja menyediakan gelanggang


gambar kiri : sabtu n ahad...perlawanan timbal balik dan separuh akhir dan juga akhir...kejohanan in dimenangi oleh WIRA (skuad Malaysia Sukan Sea 2008 Korat - utk OKU)